awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor

Bernama
Bernama
23/02/2025
22:15 MYT
Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
ZAHARI: Kerajaan negeri komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan tiada kumpulan sasar yang tertinggal daripada agenda pembangunan terutamanya masyarakat Orang Asli. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kerajaan memperuntukkan RM16.21 juta bagi pembangunan masyarakat Orang Asli di Johor pada tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Beliau berkata peruntukan menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur, naik taraf jalan perhubungan, projek bekalan air terawat, pembangunan modal insan dan program pemerkasaan adat serta budaya membabitkan 18,000 Orang Asli daripada suku kaum Seletar, Kanaq, Jakun, Kuala dan Temuan.
"Kerajaan negeri komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan tiada kumpulan sasar yang tertinggal daripada agenda pembangunan terutamanya masyarakat Orang Asli, dalam usaha merealisasikan hasrat mencapai status negeri maju menjelang 2030," katanya dalam kenyataan semalam.
Terdahulu, Zahari dan Pengarah JAKOA negeri Faisal Long bersama kepimpinan masyarakat Orang Asli mengadakan lawatan ke perkampungan Orang Asli Desa Teluk Setimbul, Indonesia dalam siri Program Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Johor ke Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau, semalam.
Zahari berkata beliau dimaklumkan penduduk Orang Asli di wilayah itu lebih berdikari dalam banyak perkara memandangkan mereka tiada bantuan khusus daripada pemerintah, berbanding di Johor.
"Pada masa sama, kita berharap agar pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh menerusi program ini dapat diaplikasikan di kampung masing-masing," katanya.
Sementara itu, Batin Ayob Amran dari Kampung Orang Asli Senggarang, Batu Pahat dalam kenyataan sama menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan JAKOA atas keprihatinan melaksanakan pelbagai usaha serta bantuan untuk menaik taraf kehidupan mereka.
Belia Orang Asli Mohd Shafiee Noore dari Kampung Orang Asli Simpang Arang di sini amat menghargai peluang menyertai program itu selain keprihatinan kerajaan negeri yang sentiasa menitikberatkan pembangunan belia termasuk dalam kalangan Orang Asli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#peruntukan
#pembangunan masyarakat
#JAKOA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan