awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan peruntuk RM276 juta sedia fasiliti Sukma di Kelantan

Bernama
Bernama
28/03/2023
06:50 MYT
Kerajaan peruntuk RM276 juta sedia fasiliti Sukma di Kelantan
Hannah Yeoh berkata perkara yang menjadi keutamaan menerusi peruntukan itu adalah pembinaan stadium baharu di Bukit Merbau yang akan melibatkan kos RM180 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM276 juta bagi pembinaan tujuh fasiliti sukan di Kelantan bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) di negeri itu pada 2028.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perkara yang menjadi keutamaan menerusi peruntukan itu adalah pembinaan stadium baharu di Bukit Merbau yang akan melibatkan kos RM180 juta di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12.
"Enam lagi projek yang akan dilaksana ialah pembinaan Arena tertutup Kompleks Sukan Bukit Merbau dengan kos RM25 juta, stadium hoki (RM19 juta), pusat akuatik (RM20 juta), gelanggang skuasy (RM9 juta), gelanggang boling padang berbumbung (RM8 juta) dan lapang sasar menembak (RM15 juta).
"Pembinaan stadium ini dijangka tidak sempat siap pada 2026 dan ia antara sebab kenapa penganjuran Sukma di Kelantan dianjak ke 2028," katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Yeoh berkata selepas penganjuran temasya itu dianjakkan, Sukma 2024 akan berlangsung di Sarawak dan 2026 kembali ke kerajaan Persekutuan, dengan dianjurkan Majlis Sukan Negara sebelum ke Kelantan dua tahun kemudian.
Pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang dipengerusikan Yeoh pada 16 Mac lepas.
Pada mesyuarat sama, Yeoh turut memaklumkan peralihan tahun penganjuran Sukma di Kelantan juga bagi memberi ruang dan masa secukupnya kepada kerajaan negeri bagi membuat persiapan rapi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#Kelantan
#KBS
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan