TUMPAT: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.4 bilion setakat ini membabitkan pelaksanaan 54 projek merangkumi infrastruktur dan pembangunan di negeri Kelantan.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan berkenaan termasuk projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dan projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) yang akan memberi impak besar kepada rakyat.
"Projek-projek menerusi peruntukan ini dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan juga kementerian lain yang berkaitan. Dari segi pelaksanaan projek, ada antara projek berkenaan sedang giat dilaksanakan dan ada juga yang hampir siap.
"Dari segi peratusan pelaksanaan setiap projek di Kelantan ketika ini adalah berbeza, namun jika mengikut dari segi perbelanjaan peringkat nasional untuk Rancangan Malaysia Ke-12 ia telah mencapai sebanyak 56 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Projek Jejambat Wakaf Bharu Sempena Program Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 3.0 di Tapak Projek Jejambat Wakaf Bharu, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Datuk Mohd Suhaimi Hassan, Ketua Setiausaha KKR Datuk Wira Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Seri Mohamad Zulkefly Sulaiman.
Mengulas mengenai Projek Jejambat Wakaf Bharu, Fadillah berkata projek berkenaan telah bermula pada Feb 2018 membabitkan nilai kos keseluruhan RM105.5 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung November tahun ini.
Beliau berkata projek berkenaan melibatkan kerja menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 1.56 kilometer (km) bermula di KM4.25 dari jalan Kota Bharu ke Pengkalan Kubor FT134 dan berakhir di KM6.06.
"Status semasa telah mencecah sebanyak 89.38 peratus pelaksanaan. Bagaimanapun, kontraktor yang terbabit bagi projek ini akan memberi komitmen untuk menyiapkan projek ini pada akhir November.
"Apabila siap kelak, trafik akan lebih lancar dari arah Kota Bharu ke Pengkalan Kubor, sekali gus menjadikan laluan lebih selesa serta mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022

Fadillah berkata peruntukan berkenaan termasuk projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dan projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) yang akan memberi impak besar kepada rakyat.- Gambar fail/Astro AWANI

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Polis rampas pil yaba bernilai lebih RM2.5 juta di Pasir Mas
Polis menahan seorang penggangur bersama 234,000 biji pil yaba bernilai lebih RM2.5 juta dalam serbuan di Pasir Mas, Sabtu lalu.

Kelantan rekod 13 kes buli dalam tempoh 9 bulan
Polis Kelantan merekodkan 13 kes berkait dengan buli dalam tempoh sembilan bulan tahun ini bermula Januari hingga September.

Ramai PATI warga Pakistan, India masuk ke Malaysia melalui Thailand
Jabatan Imigresen Malaysia mendapati ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Pakisan dan India memasuki negara ini melalui Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok secara haram.

Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia.

Hari pertama siri jelajah Jiwa SME di Kota Bharu meriah
Turut mencuri tumpuan, bengkel keusahawanan oleh TikTok Shop, Unifi Business dan Santai Namun Sampai yang dibawakan khas oleh Bank Rakyat.

MB Kelantan pegang lima portfolio Exco
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memegang lima portfolio pada penggal pentadbiran kali ini.

MB Kelantan beri keutamaan selesai isu air, akan jumpa PM dalam masa terdekat
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud akan memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu air di negeri ini.

Hari Kebangsaan: Kelantan guna tema sama kerajaan Pusat
Kelantan akan menggunakan tema yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Tiga nelayan hilang ditemui selamat di Thailand
Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Pantai Belawan dekat Tak Bai, Thailand pada pukul 2.32 petang hari ini.

Kelantan amal politik matang, sejahtera dengan Persekutuan
Kerajaan negeri akan meneruskan legasi meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran, kemakmuran negeri dan kebajikan rakyat.