awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pulau Pinang diminta perjelas bangunan warisan dijadikan hotel

Bernama
Bernama
19/10/2017
11:05 MYT
Kerajaan Pulau Pinang diminta perjelas bangunan warisan dijadikan hotel
Jason Loo berkata tiga premis bangunan berkenaan yang terletak di Church Street dan King Street itu dahulunya merupakan bangunan kedai runcit dan kediaman yang mempunyai nilai warisan negeri Pulau Pinang.- Gambar Fail.
Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memberi penjelasan kepada rakyat negeri ini berhubung tiga premis bangunan di kawasan Tapak Warisan Dunia George Town di sini yang dikatakan bakal dimajukan sebagai sebuah hotel.
Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo berkata tiga premis bangunan berkenaan yang terletak di Church Street dan King Street itu dahulunya merupakan bangunan kedai runcit dan kediaman yang mempunyai nilai warisan Pulau Pinang.
"Kami menerima aduan bahawa bangunan ini akan dibangunkan menjadi hotel oleh sebuah syarikat daripada Singapura yang telah mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk menukar guna bangunan daripada kediaman kepada komersial dan juga pindaan tambahan," katanya pada sidang media hari ini.
Loo berkata sekiranya bangunan berkenaan dimajukan sebagai hotel, ia tidak mengikut peraturan-peraturan di bawah Pelan Kawasan Khas (SAP) sepertimana yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri tahun lepas.
"Mengikut SAP berkenaan, hotel baharu hanya boleh dibangunkan di tiga kawasan sahaja (di kawasan Tapak Warisan George Town) iaitu zon pesisir, zon perniagaan serta zon pelancongan dan santai. Jadi bangunan ini bukan berada dalam ketiga-tiga zon berkenaan," katanya.
Justeru Loo turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang telah dibuat.
"Jikalau kerajaan negeri meluluskan pembinaan hotel di sini, ini menunjukkan kerajaan DAP menipu rakyat negeri ini menerusi penjagaan nilai warisan di Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#George Town
#Jason Loo
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan