awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAIS siasat pengendali akaun Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri
Bawa anak terlibat dadah jumpa AADK, jangan malu - MCPF
Usaha AS banteras dadah melalui jalan darat akan bermula - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pulau Pinang tidak haramkan vape, masih cari jalan penyelesaian

Bernama
Bernama
22/01/2016
02:56 MYT
Kerajaan Pulau Pinang tidak haramkan vape, masih cari jalan penyelesaian
Kerajaan Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan produk dan bahan vape seperti mana yang dilakukan oleh negeri-negeri lain. - fotoBERNAMA/Fail
Kerajaan Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan vape di negeri ini dan masih mencari kaedah terbaik bagi memantau penggunaannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata setakat ini, kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan produk dan bahan rokok elektronik itu seperti mana yang dilakukan oleh negeri-negeri lain.
"Selepas dua minggu mengadakan dialog terbuka dengan pengusaha vape, kerajaan negeri masih belum membuat sebarang keputusan lagi, pengusaha vape masih boleh menjalankan aktiviti mereka," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama pengusaha-pengusaha vape di Pulau Pinang malam tadi.
Antara yang hadir pada sesi dialog itu ialah Pengerusi Penguasaha Vape Pulau Pinang (PPVPP) Muhammad Hafidz Adnan, Presiden Persatuan E-Vaporizer dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) Allan Foo dan lebih 30 pengusaha vape negeri.
Tambahnya, kerajaan negeri akan memastikan keputusan yang akan dibuat nanti adalah adil bagi semua pihak khususnya pengusaha-pengusaha produk dan bahan rokok elektronik atau vape.
Pada 4 Dis lalu, Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan penggunaan rokok elektronik atau vape serta sisha difatwakan sebagai haram.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pula telah berkali-kali meminta kerajaan negeri supaya mengharamkan vape serta-merta kerana berdasarkan tinjauan, vape telah mempengaruhi pelajar-pelajar sekolah untuk merokok.
Topic Berkaitan
#haram vape
#Penjualan vape
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan