awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan rangka MoU peruntukan wakil rakyat pembangkang - TPM Fadillah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/04/2024
03:47 MYT
Kerajaan rangka MoU peruntukan wakil rakyat pembangkang - TPM Fadillah
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mempertimbang penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri II Fadillah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mempertimbang penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang berlangsung semalam (Rabu), di Putrajaya.
Beliau berkata, kerajaan kini dalam proses merangka satu deraf memorandum persefahaman (MoU) terlebih dahulu.
“Ke arah itu, satu MoU akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.
“Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” kata beliau lagi.
Beberapa hari lalu, Fadillah dipetik oleh media sebagai berkata, pemimpin-pemimpin dari blok Perikatan Nasional (PN) sudah berjumpa dengannya di Parlimen pada 19 Mac lalu.
Dalam pertemuan tersebut, beliau berkata, pemimpin pembangkang menyerahkan kepada kerajaan untuk sebarang syarat bagi menyalurkan peruntukan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum ini secara prinsipnya bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan.
Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri, ia perlu dimulakan dengan proses rundingan oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu untuk membincangkan kaedah yang terbaik selain mencari titik persefahaman.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#peruntukan
#MoU
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan