awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran berlaku di lokasi persidangan WEF semasa Trump berada dalam bangunan
[TERKINI] Bekas PTD mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM2.12 juta
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan OPR kekal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan rugi RM800 juta akibat subsidi LPG diseleweng - Hamzah

Bernama
Bernama
21/02/2016
13:16 MYT
Kerajaan rugi RM800 juta akibat subsidi LPG diseleweng - Hamzah
HAMZAH: Operasi membanteras kegiatan itu kali ini perlu dijalankan secara lebih taktikal, tegas dan efisien.
Kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM800 juta tahun lepas akibat penyelewengan subsidi gas petroleum cecair (LPG) di seluruh negara.
Berikutan itu, operasi membanteras kegiatan itu kali ini perlu dijalankan secara lebih taktikal, tegas dan efisien, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
"Sebelum ini bukan tidak tegas...Kalau kita nak tangkap orang yang buat kerja ini, bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan risikan dan kerjasama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor di sini hari ini.
Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata operasi yang dijalankan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu membabitkan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia.
Topic Berkaitan
#gas petroleum cecair
#Hamzah Zainuddin
#LPG
#subsidi kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan