Skip to main content

Teknologi

COMPUTEX Taipei berlangsung 2–5 Jun 2026, fokus kepada AI, robotik dan mobiliti

Sumber: AMANZ
Acara tahun ini menampilkan rangkaian ekosistem teknologi global merangkumi kecerdasan buatan (AI), robotik dan inovasi generasi baharu. -Foto Amanz

COMPUTEX Taipei, salah satu pameran teknologi terbesar dunia, akan berlangsung dari 2 hingga 5 Jun 2026 di empat lokasi utama iaitu TaiNEX 1 & 2, TWTC Hall 1 dan Taipei International Convention Center (TICC).

Acara tahun ini menampilkan rangkaian ekosistem teknologi global merangkumi kecerdasan buatan (AI), robotik dan inovasi generasi baharu, lapor Amanz.

Advertisement

Pameran berkenaan bakal menghimpunkan 1,500 syarikat teknologi dari seluruh dunia dengan lebih 6,000 reruai, merangkumi bidang penyelidikan dan pembangunan, infrastruktur pengkomputeran, robotik dan aplikasi AI dalam pelbagai sektor.

Bertemakan “AI Together”, COMPUTEX tahun ini memberi tumpuan kepada tiga cabang teknologi utama: AI dan perkomputeran, robotik serta mobiliti, dan teknologi generasi akan datang.

Jenama antarabangsa seperti ASUS, Acer, MSI, GIGABYTE, BenQ dan ASRock akan mempamerkan sistem AI bersepadu, manakala pengeluar seperti Foxconn, Compal, Pegatron dan Wiwynn akan mengetengahkan integrasi sistem dan keupayaan pengeluaran berskala global untuk menyokong perkembangan AI.

Selain itu, COMPUTEX turut menampilkan zon khas seperti Robotics Zone dan TechXperience Zone yang mempamerkan kemajuan dalam robotik, sistem penglihatan mesin, sistem tertanam dan aplikasi pintar oleh syarikat seperti Intel, YUAN, Texas Instruments, Solomon dan E Ink.

Penganjur, TAITRA, menjelaskan bahawa lebih banyak demonstrasi teknologi baharu akan dipertontonkan bagi menunjukkan manfaat AI dan robotik kepada masyarakat pada masa hadapan.

Must Watch Video