Kerajaan akan melakukan rundingan semula dengan pihak kerajaan China dan kontraktor utama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung kos dan jadual projek membabitkan jajaran Mentakab- Pelabuhan Klang, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata, langkah itu perlu dibuat susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menggantung jajaran asal Mentakab-Pelabuhan Klang yang melalui Bentong, Gombak dan seterusnya ke Pelabuhan Klang.
"Laluan asal Mentakab-Pelabuhan Klang ini sedang dikaji dan diperhalusi terutama laluan asal yang melalui Bentong, Gombak dan Pelabuhan Klang.
"Hasil rundingan dengan pihak-pihak berkenaan kemudian akan dibentangkan kepada kerajaan (kabinet) bagi memperoleh keputusan muktamad mengenai jajaran itu (sama ada akan mengikut laluan asal atau tidak)," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Ismail Ibrahim berhubung perancangan kerajaan bagi menjajarkan semula laluan asal bahagian ECRL itu yang melalui Bentong, Gombak sehingga ke Pelabuhan Klang.
Hasbi menjelaskan cadangan asal projek ECRL pada 2018 itu mengambil kira pembinaan sistem landasan bagi tolok meter untuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan tolok standard bagi ECRL yang akan dibina dari Serendah ke Pelabuhan Klang.
Beliau berkata, stesen Serendah dikenal pasti sebagai stesen yang sesuai untuk pertukaran penumpang dan kargo antara KTMB dan ECRL.
"Menerusi kedua-dua perkhidmatan ini, ia secara tidak langsung akan dapat mengintegrasi serta meningkatkan jaringan rel antara negeri-negeri Pantai Timur dan negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia," katanya.
Pentadbiran PH sebelum ini mengubah jajaran itu supaya tidak melalui Bentong dan Gombak yang bertujuan mengelakkan pembinanan terowong sepanjang 17.8 km yang melalui Ridge Quartz Klang Gates iaitu khazanah alam semula jadi rabung kuarza tulen.
Sebaliknya, jajaran yang bermula dari Mentakab itu akan menuju ke selatan iaitu melalui Kuala Klawang (Negeri Sembilan) sebelum memasuki Selangor melalui Bangi dan Kajang seterusnya menuju ke Putrajaya Sentral dan akhirnya ke Pelabuhan Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020

langkah itu perlu dibuat susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menggantung jajaran asal Mentakab-Pelabuhan Klang yang melalui Bentong, Gombak dan seterusnya ke Pelabuhan Klang. - Gambar fail

'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Coca-Cola, GSC meterai perjanjian konsesi baharu, lanjutkan perkongsian lebih tiga dekad
Kerjasama itu menandakan satu pencapaian kolektif yang penting serta melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh antara satu sama lain.

Pantau Kos Sara Hidup: Keperluan individu austistik ketika kos meningkat
Perbincangan mengenai usaha untuk menyokong keperluan individu autistik ketika kos semakin meningkat bersama Pakar Pediatrik dan Pengasas Bersama doktorbudak.com. Dr. Zahilah Filzah Zilkifli dan Pengasas Autism Inclusiveness Direct Action (AIDA) Group dan Project Lily, Beatrice Leong.

138 motosikal, 20 kereta 'singgah sahur' di Balai Polis Kota Setar
Intipan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar telah mengesan sekumpulan remaja bermotosikal sedang asyik berlumba.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Enam lelaki warga asing ditahan terlibat aktiviti dadah
Semua suspek berusia 18 hingga 38 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima maklumat orang awam.

Atasi masalah tunggu lama, Young Syefura cadang bina hospital baharu di Bentong
Masalah waktu menunggu lama di Hospital Bentong sudah dibangkitkan Young Syefura dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Banjir lumpur Bentong: Kerajaan Negeri lulus RM200,000 baiki paip, longkang - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang meluluskan serta-merta peruntukan berjumlah RM200,000 untuk membaiki paip dan longkang di Bukit Tinggi, Bentong.

Banjir lumpur Bentong: Penduduk gesa kerajaan segera kenal pasti punca
Penduduk sekitar lokasi insiden tanah runtuh di Jalan Kuala Lumpur - Bentong pada Ahad mahu kerajaan segera mengenal pasti punca kejadian terbabit.

Banjir lumpur landa Bukit Tinggi, laluan ke Janda Baik terjejas
Hujan lebat selama kira-kira setengah jam membawa kepada kejadian banjir lumpur di Bukit Tinggi, di sini petang tadi.

Wakil rakyat Pahang disaman polis kerana kesalahan trafik
ADUN Bilut yang juga Timbalan Speaker Pahang, Lee Chin Chen diberi notis saman kerana melanggar undang-undang jalan raya di bandar Bentong.

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

Warga emas rentung rumah terbakar
Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pelantar, di sini, malam ini.

Pemandu maut tersepit dalam kemalangan lori, kereta
Kejadian itu telah meragut nyawa Mohamad Riduan M Shafri yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Dua lelaki maut kereta bertembung MPV
Kemalangan membabitkan kereta Perodua Viva dan Mitsubishi Xpander yang bertembung secara berhadapan.