awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Rusia sunting maklumat MH17 di Wikipedia

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2014
06:28 MYT
Kerajaan Rusia sunting maklumat MH17 di Wikipedia
xxx.
Kerajaan Rusia dilaporkan telah menyunting maklumat di Wikipedia mengenai nahas penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menukarkan beberapa rujukan yang menunjukkan penglibatan kerajaan itu di atas insiden tersebut.
Portal The Telegraph yang berpangkalan di London menerusi penulisan Timbalan Ketua Teknologinya, Matthew Sparkes berkata, bot Twitter yang memantau suntingan pada laman web itu telah mengenal pasti alamat IP (nombor siri unik pada sesebuah komputer atau rangkaian) kerajaan Rusia yang membuat pengubahan tersebut.
MH17, Rusia, Wikipedia
Wikipedia, Rusia, MH17
Laporan asal mengenai suntingan yang dilakukan kerajaan Rusia. -foto ASTROAWANI/portal Telegraph
Suntingan tersebut telah dapat dikesan oleh @RuGovEdits, sejenis bot Twitter yang akan memuat naik sebarang perubahan atau suntingan dalam Wikipedia ke Twitter sekiranya ia dilakukan oleh komputer yang memiliki alamat IP kerajaan Rusia.
Laporan bertajuk ‘Russian government edits Wikipedia on flight MH17’ itu juga mendakwa seorang pengguna internet dari Syarikat Penyiaran Televisyen dan Radio Rusia (VGTRK) telah menukar maklumat insiden tersebut di laman web Wikipedia versi bahasa Rusia.
Pengguna tersebut menambah “Pesawat terbabit (MH17) ditembak jatuh oleh tentera Ukraine” bagi menggantikan ayat asal iaitu “Pesawat ditembak jatuh oleh pengganas Republik Rakyat Donetsk menggunakan sistem peluru berpandu Buk, yang diterima daripada Rusia.”.
MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media awal pagi Jumaat berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#KLIA
#Malaysia Airlines
#MH17
#penerbangan Malaysia
#Russia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan