Skip to main content

Malaysia

Kerajaan Sabah warta Hari Sabah pada 31 Ogos

61720177589_HariSabah.jpg
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong melalui warta itu memaklumkan warta itu dibuat pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lepas bagi makluman umum bahawa 31 Ogos diisytihar sebagai Hari Sabah.

Warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video