awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sambung pajakan tanah SMK Convent Bukit Nanas 60 tahun lagi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/04/2021
11:01 MYT
Kerajaan sambung pajakan tanah SMK Convent Bukit Nanas 60 tahun lagi
Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pegangan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas yang dijadual tamat pada 6 September ini untuk tempoh 60 tahun lagi.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh pegangan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) yang dijadual tamat pada 6 September ini untuk tempoh 60 tahun lagi.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kerajaan mempertimbangkan permohonan Lembaga Pengelola sekolah tersebut selepas meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK CBN kepada pendidikan negara sejak 1899.
"Kerajaan telah bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan bagi SMK Convent Bukit Nanas yang terletak di Seksyen 49, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun.
"Kebenaran ini diberikan khusus untuk tujuan pendidikan sahaja," demikian menurut kenyataan tersebut, hari ini.
Jelas kenyataan tersebut lagi, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan juga telah mengadakan pertemuan dengan wakil Lembaga Pengelola SMK CBN.
Kata kenyataan itu, kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan penyelesaian yang dibincangkan.
"Semoga dengan keputusan ini, SMK Convent Bukit Nanas akan terus melakar kejayaan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi," tambah Pejabat Perdana Menteri.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi membenarkan CBN mencabar keputusan kerajaan untuk tidak memperbaharui pajakan tanahnya yang bakal tamat pada 6 Sept.
Convent Bukit Nanas, yang terkenal dengan nama CBN, ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1899.
Ia ditubuhkan hanya lima tahun selepas Victoria Institution dan merupakan salah satu sekolah tertua di negara ini.
BACA: Petisyen selamatkan SMK Convent Bukit Nanas
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#SMK Convent Bukit Nanas
#pajakan
#pejabat perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan