awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sarawak mahu graduan IPT yang dapat penuhi keperluan industri

Bernama
Bernama
18/01/2023
03:10 MYT
Kerajaan Sarawak mahu graduan IPT yang dapat penuhi keperluan industri
ROLAND SAGAH: Cabaran ini ialah untuk kita melahirkan jumlah tenaga mahir yang mencukupi. Itulah sebabnya kita menggalakkan anak-anak kita mengambil jurusan teknikal dalam pengajian mereka. - Foto Facebook/Joanna Federick
KUCHING: Kerajaan Sarawak mahu graduan institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negeri itu memiliki kelayakan dan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn.
Beliau berkata walaupun institusi itu dijangka mampu melahirkan lebih 10,000 graduan di peringkat ijazah dan diploma pada tahun ini, cabaran utamanya ialah kesesuaian mereka untuk merebut peluang pekerjaan yang disediakan oleh industri-industri yang ada.
"Kita tidak mahu mereka (graduan Sarawak) menjadi operator sahaja, kita mahu mereka menjadi juruteknik dalam industri, yang memerlukan mereka yang layak dan mampu untuk menjalankan kerja ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kaunseling Pendidikan INTI di sini pada Selasa.
Roland berkata berdasarkan data pembangunan industri semasa di Sarawak, kebanyakan peluang pekerjaan yang diwujudkan merupakan yang berbentuk teknikal dan ini membawa kepada kerajaan negeri untuk menggalakkan generasi pelajar untuk mengambil jurusan teknikal, dalam pengajian mereka.
"Cabaran ini ialah untuk kita melahirkan jumlah tenaga mahir yang mencukupi. Itulah sebabnya kita menggalakkan anak-anak kita mengambil jurusan teknikal dalam pengajian mereka. Kita perlu berubah mengikut peredaran masa," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#Roland Sagah Wee Inn
#Graduan Sarawak
#IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan