PONTIAN: Kerajaan menyasarkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 40 peratus dalam campuran bahan api negara menjelang 2035, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata langkah itu dijangka dapat mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida (CO2) sebanyak 10 juta tan setahun.
Beliau berkata Kementerian Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air juga berhasrat meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui dalam campuran bahan api sehingga 100 peratus pada 2050.
"Usaha ini penting bagi memastikan kelestarian alam terus terpelihara untuk generasi masa depan. Inisiatif ini menyokong saranan kerajaan untuk menggunakan biojisim dan biogas dalam penghasilan tenaga sebanyak 1.4 gigawatt pada tahun 2050.
"Sektor tenaga negara mewakili 29 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar serta menggajikan suku daripada tenaga kerja dalam negara. Oleh itu, perubahan dalam sistem tenaga bukan sahaja memberi kesan kepada pendapatan serta pembangunan ekonomi tetapi juga kepada kehidupan rakyat yang bergantung kepada tenaga mampu milik dan berdaya harap," katanya.
Fadillah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Projek Kombinasi Pembakaran Biojisim Malakoff Corporation Berhad di Loji Janakuasa Tanjung Bin di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Malakoff Corporation Berhad Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff Anwar Syahrin Abdul Ajib.
Beliau berkata kementerian itu menyokong usaha pihak industri untuk meneroka penggunaan teknologi baharu seperti penghasilan hidrogen hijau, nuklear dan bateri penyimpanan tenaga berskala besar.
"Penggunaan teknologi baharu ini akan dapat membantu mengurangkan kebergantungan negara kepada bahan api fosil sekali gus mengurangkan intensiti karbon sebanyak 45 peratus pada 2030 seperti dimeterai dalam Perjanjian Paris 2016.
"Semua usaha yang dibuat ini selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang ditelah dilancarkan pada tahun lepas," katanya.
Fadillah juga berkata kerajaan dijangka melaksanakan Akses Pihak Ketiga dalam industri bekalan elektrik negara mulai September ini dan perancangan mengenainya sedang berjalan.
Beliau berkata Akses Pihak Ketiga bermakna ada pihak lain yang membekalkan tenaga elektrik jika mereka memiliki pelanggan tanpa perlu melalui atau membeli daripada Tenaga Nasional Bhd.
Pada April lepas, jaminan bekalan gas dalam konteks peralihan tenaga dan keterjaminan bekalan elektrik di Semenanjung adalah antara perkara dibincang pada Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata ahli MTN ditegaskan mengenai kepentingan kerajaan memberi fokus kepada agenda peralihan tenaga yang telah direncana melalui NETR.
Dalam pada itu, Fadillah berkata pelaksanaan Akses Pihak Ketiga sebenarnya digariskan oleh NETR untuk dilaksanakan tahun depan.
"Bagaimanapun, menerusi perancangan dalaman Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, kita mahu awalkan pelaksanaan inisiatif itu.
"Ia berikutan minat tinggi ditunjukkan pelbagai pihak susulan pelabur luar yang banyak membina Pusat Data di negara ini dan ia memerlukan sumber tenaga yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Kerajaan menyasarkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 40 peratus dalam campuran bahan api negara menjelang 2035, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. - Foto BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Vortex jual 45 peratus pegangan dalam Vortex Solar kepada KWAP
Vortex, antara platform pelaburan tenaga boleh diperbaharui terkemuka di Eropah, telah menjual 45 peratus kepentingan ekuiti dalam Vortex Solar Investments S.a.r.l kepada dana pencen kedua terbesar Ma