KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha membawa masuk peneraju utama industri kecerdasan buatan (AI) ke Malaysia untuk menjadikan negara sebagai hab AI di rantau ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan bercadang mewujudkan infrastruktur AI terbaik di rantau ini bagi menarik penglibatan syarikat pemula niaga dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai tumpuan utama bagi sektor tersebut.
Menurutnya, usaha itu akan dijalankan menerusi pelaksanaan strategi baharu dan penambahbaikan ekosistem AI yang akan terkandung dalam pelan tindakan Kuala Lumpur 20 (KL20) yang dijangka dilancarkan pada Februari 2024.
"Aspirasi KL20 adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekosistem syarikat pemula niaga di Malaysia yang seterusnya akan menarik minat syarikat pemula niaga dari seluruh dunia dalam bidang AI untuk beroperasi di Malaysia.
"Ini secara automatik juga akan membawa pelaburan daripada pemodal teroka selain daripada subsektor yang digariskan dalam MyDIGITAL sebelum ini," kata Rafizi pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) yang bertanya mengenai status pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
Rafizi berkata bagi merealisasikan usaha itu, perbincangan juga telah dijalankan dengan beberapa syarikat gergasi dunia dalam bidang AI untuk membolehkan teknologi mereka dibawa ke negara ini.
"Kalau syarikat pemula niaga ingin menggunakan cip atau kapasiti pemprosesan pada peringkat yang membolehkan mereka membangunkan produk AI, mereka kena datang ke Malaysia di rantau ini, kerana di tempat lain tidak ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023
Rafizi berkata, kerajaan bercadang mewujudkan infrastruktur AI terbaik di rantau ini bagi menarik penglibatan syarikat pemula niaga dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai tumpuan utama bagi sektor tersebut. - Gambar/ Bernama
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Kerajaan sasar jadikan Malaysia hab AI - Rafizi
Kerajaan sedang berusaha membawa masuk peneraju utama industri kecerdasan buatan (AI) ke Malaysia untuk menjadikan negara sebagai hab AI di rantau ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.