ISKANDAR PUTERI: Kerajaan menyasarkan lebih 200,000 orang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 sehari bermula Julai ini, dan kemudian ditingkatkan kepada lebih 300,000 orang sehari mulai Ogos.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata antara langkah yang dilakukan bagi mencapai angka itu termasuk membuka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara.
"Ini adalah antara faktor yang menyebabkan saya melawat ke beberapa negeri termasuk Johor untuk memastikan keperluan membuka lebih banyak PPV berskala besar sekali gus dapat mempertingkatkan pemberian vaksin dalam kalangan rakyat.
"Jika kita boleh lakukannya, saya yakin kita boleh capai sasaran kita untuk memvaksin 80 peratus daripada penduduk menjelang Oktober," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bersama Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad di Bangunan Dato' Jaafar di sini hari ini.
Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata seiring dengan penambahan PPV berskala besar, kerajaan turut berusaha menambah tenaga kerja yang mencukupi dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta dan mendapatkan bantuan daripada doktor pelatih, pesara doktor, pesara jururawat dan pelajar perubatan.
"Malaysia sudah memuktamadkan jadual penghantaran 25 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech yang akan dihantar pada suku ketiga tahun ini iaitu bermula Julai diikuti Ogos dan September. Kita kini lebih jelas mengenai jadual penghantaran vaksin SinoVac dan sedang berusaha mengemas kini jadual penghantaran vaksin AstraZeneca kerana terdapat perubahan di sana," katanya.
Mengulas mengenai mesyuarat CITF hari ini, Khairy berkata sebuah PPV industri yang pertama di negeri ini dijangka dibuka pada 16 Jun yang dikhususkan kepada pekerja di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Kota Tinggi selain di Mount Austin, Johor Bahru pada akhir bulan ini.
"Kita juga telah menerima cadangan Johor untuk menggerakkan PPV bergerak dan secara pandu lalu ... sekiranya bekalan vaksin tidak ada gangguan, saya menjangkakan bahawa kita akan dapat selesai memberi vaksinasi kepada tiga juta penduduk Johor pada akhir bulan Oktober," katanya.
Dalam pada itu, Hasni berkata kerajaan negeri telah mencadangkan beberapa lokasi lain kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan PPV swasta selain PPV AstraZeneca (PPVAZ) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada) bagi mencapai sasaran pemberian 50,000 dos sehari sehingga Oktober.
Ini termasuk membangunkan PPV swasta di kawasan pusat membeli belah atau PPV pandu lalu di taman tema serta beberapa PPV swasta di Daerah Batu Pahat, Pagoh dan Kluang, katanya.
Sementara itu, Hasni berkata kerajaan negeri tidak akan melaksanakan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran sebaliknya saringan bersasar di kawasan berisiko.
"Sebanyak 20,000 kit ujian "Antigen Rapid Test" (RTK-Ag) akan digunakan bagi tujuan saringan bersasar di Johor Bahru berikutan peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan di daerah ini," katanya.
Kit ujian RTK-Ag yang diterima daripada Singapura melalui Yayasan Sultan Ibrahim itu, menurutnya mampu memberi keputusan ujian COVID-19 dalam tempoh kira-kira lima minit dan ketepatan mencapai 98 peratus, sekali gus membantu mengesan lebih awal kes jangkitan COVID-19 di kawasan Johor Bahru.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
Khairy dan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad ketika ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan bersama Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 (CITF Johor)di Kota Iskandar Iskandar Puteri hari ini. - Foto BERNAMA
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Kerajaan komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah yanmampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Pemergian Tun Hanif kerugian buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammad Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Kompaun RM1.4 juta kesalahan merokok sepanjang Mac
KKM mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta pada Mac.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.