awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba selamatkan remaja 13 tahun dalam kebakaran pangsapuri
KTMB tawar tambang percuma, tren 24 jam sempena Thaipusam
Mainoo kekal di Old Trafford, kepercayaan Carrick ubah masa depan bintang muda United
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar lancar Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 hari ini

Bernama
Bernama
20/01/2026
03:30 MYT
PM Anwar lancar Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 hari ini
Perdana Menteri Anwar akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di Putrajaya hari ini, sebagai langkah reformasi pendidikan bagi membina masa depan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di Putrajaya hari ini, sebagai langkah reformasi pendidikan bagi membina masa depan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.
Anwar berkata, pelan pendidikan baharu itu melibatkan dua kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
"Ini adalah reformasi pendidikan demi masa depan anak-anak yang lebih adil, berdaya saing dan berakar pada nilai, agar mereka berpeluang membina kehidupan yang bermakna dan bermaruah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Majlis pelancaran pelan berkenaan dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 12.30 tengah hari ini.
RPN 2026-2035 merupakan rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara, daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.
Dalam kenyataan bersama sebelum ini, KPM dan KPT memaklumkan pelancaran itu mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sistem pendidikan yang bermutu, terangkum dan berdaya saing pada peringkat global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Rancangan Pendidikan Negara
#pelan pendidikan
#reformasi pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan