awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KTMB tawar tambang percuma, tren 24 jam sempena Thaipusam
Mainoo kekal di Old Trafford, kepercayaan Carrick ubah masa depan bintang muda United
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu dan kelindan treler maut, tercampak ke bawah Lebuhraya SPE

Bernama
Bernama
20/01/2026
03:20 MYT
Pemandu dan kelindan treler maut, tercampak ke bawah Lebuhraya SPE
Tangkap layar video tular memaparkan insiden kemalangan sebuah treler di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu treler dan kelindannya maut akibat tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) selepas kenderaan itu terbabas merempuh penghadang jalan berhampiran Jalan Empat off Jalan Chan Sow Lin di sini, malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.55 malam sebelum sembilan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu digegaskan ke lokasi kejadian.
"Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Nur Zahela Mohamad Zainal telah memaklumkan setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah treler telah melanggar batu penghadang konkrit lebuh raya yang mengakibatkan dua lelaki iaitu pemandu dan kelindan warga tempatan tercampak ke bawah lebuh raya terbabit.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik ambulans Kementerian Kesihatan (KKM)," menurut PGO JBPM Kuala Lumpur dalam satu kenyataan.
Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#Lebuhraya SPE
#pemandu treler
#kelindan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan