awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedang kaji langkah beri bantuan tambahan kepada rakyat - Mustapa

Bernama
Bernama
16/06/2021
21:05 MYT
Kerajaan sedang kaji langkah beri bantuan tambahan kepada rakyat - Mustapa
Mustapa percaya Menteri Kewangan sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan tambahan kepada rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sedang mengkaji dengan teliti langkah-langkah bagaimana kerajaan boleh beri bantuan tambahan kepada rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata kerajaan sedar sebahagian rakyat mengharapkan pengumuman pakej bantuan tambahan yang baharu, susulan daripada pengumuman Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.
"Kerajaan cukup faham denyut nadi rakyat.... bantuan masih ada kerana tidak semua peruntukan yang diumumkan sebelum ini telah dibelanjakan.
"Perdana Menteri sudah mengarahkan Menteri Kewangan untuk mengemukakan cadangan, dan saya percaya beliau (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan tambahan (kepada rakyat)," katanya semasa temu bual dalam program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV, semalam.
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM380 bilion atau bersamaan 28 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi.
Mustapa berkata setakat ini hanya lebih daripada RM200 bilion sudah dibelanjakan dan masih terdapat baki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#KDNK
#MOF
#Muhyiddin Yassin
#Mustapa Mohamed
#pakej tambahan
#bantuan tambahan
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
#pakej rangsangan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan