Kerajaan bersedia melancarkan Ops Piramid untuk memindahkan lebih 3,300 rakyat Malaysia di Mesir pada bila-bila masa sahaja jika keadaan di negeri itu bertambah serius.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan telah mengarahkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab ke Mesir pagi ini untuk meninjau sendiri keadaan keselamatan di sana dan akan memberikan 'isyarat' jika pemindahan perlu dilakukan.
"Kerajaan kini memantau pergolakan yang berlaku di Mesir setiap jam. Kita lihat keadaan di sana semakin membimbangkan, kawasan yang nampak reda kini bertambah panas sebab itu kita telah hantar wakil khas kita untuk tinjau sendiri keadaan di sana.
"Segala persiapan lojistik telah diletakkan dalam keadaan siap sedia dan pesawat komersil syarikat penerbangan MAS dan Air Asia juga telah tampil menawarkan diri untuk membantu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Pontian di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ahmad Maslan, Ketua Umno bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad dan lebih 5,000 penduduk kawasan sekitar.
Hishammuddin berkata jika keadaan keselamatan tidak mengizinkan untuk penggunaan lapangan terbang komersil, kerajaan akan menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu Ops Piramid itu.
Khamis lepas, Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan wakil agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan, MAS dan Air Asia untuk membincangkan langkah-langkah bagi memindahkan rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan bertambah serius.
Bernama
Sun Aug 18 2013
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Kerajaan belum umumkan kebenaran rentas negeri - Hishammuddin
Ia perlu melepasi penanda aras yang ditetapkan sebelum ini iaitu 90 peratus sebelum sebarang keputusan dibuat.
Hishammuddin hilang suara, hidung tersumbat akibat jerebu
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah jatuh sakit akibat jerebu yang melanda negara.
Hishamuddin sahkan penggantungan pesawat Airbus tentera
Menteri Pertahanan itu mengesahkan bahawa operasi Airbus A400M tentera Malaysia dihentikan sementara waktu berikutan nahas membabitkan pesawat pengangkut jenis yang sama di Seville, Sepanyol.
MH370: Pendedahan maklumat rakaman audio tidak "diubahsuai"
Tiada sebarang maklumat berkenaan dakwaan rakaman audio antara juruterbang pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) dan menara trafik udara yang dikatakan telah 'diubahsuai'.
Pemulihan MAS dari "isu reputasi pasaran" ambil masa enam bulan
Proses pemulihan dari situasi yang dipanggil isu reputasi pasaran dalam insiden Pesawat MH370 akan ambil masa enam bulan untuk pulih.
Kerajaan tidak sembunyikan hasil siasatan nahas bas Genting Highlands
Kerajaan tidak akan menyembunyikan hasil siasatan nahas bas di Genting Highlands yang mengorbankan 37 penumpang pada 21 Ogos lalu.
Pengusaha pengangkutan awam akan dibantu - Hishammuddin
Perkara itu akan dilakukan menerusi pertemuan yang diadakan antara kementerian dan pengendali syarikat bas di negara ini.
Perancangan terperinci untuk gerak sepenuhnya ESSCOM, ESSZONE - Hishamuddin
Penting bagi mempertingkat keselamatan di 10 daerah di bawah ESSCOM dan ESSZONE.
Proses pemindahan rakyat Malaysia di Mesir bergantung kepada MKN
Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab kini berada di negara bergolak itu dan keadaan di sana akan dipantau dari semasa ke semasa, sebelum sebarang keputusan dibuat.
Kerajaan sedia lancar Ops Piramid pada bila-bila masa - Hishamuddin
Kerajaan telah arahkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara ke Mesir untuk meninjau sendiri keadaan keselamatan di sana dan akan memberikan 'isyarat' jika pemindahan perlu dilakukan.