awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia RM13 bilion bantu rakyat miliki rumah

Bernama
Bernama
05/10/2017
23:42 MYT
Kerajaan sedia RM13 bilion bantu rakyat miliki rumah
Noh berharap sektor swasta turut memberi fokus untuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat. - Gambar hiasan
Kerajaan membelanjakan hampir RM13 bilion bagi membantu rakyat memiliki rumah idaman masing-masing dan menyelesaikan pelbagai isu perumahan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata langkah itu dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif termasuk Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA).
Keperluan Kumpulan B40 dan M40 juga diberikan perhatian sewajarnya apabila kerajaan memperkenalkan antara lain skim sewa beli, MyHome dan MyDeposit, katanya.
Inisiatif membantu peneroka Felda dan Felcra untuk memiliki rumah masing-masing juga dipertimbangkan, katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan ke-20, di sini, pada Khamis.
Noh berkata pemimpin yang mencetuskan usaha-usaha tersebut adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.
"Justeru, penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana komitmennya yang berterusan dalam menawarkan penyelesaian kreatif bagi menambah baik isu perumahan kepada rakyat Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berharap sektor swasta turut memberi fokus untuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Noh berkata kerajaan telah mencadangkan kepada Bank Negara untuk melonggarkan terma dan syarat untuk permohonan pinjaman perumahan bagi pembeli kali pertama, terutamanya dalam kalangan Kumpulan B40.
Beliau berkata ia adalah sebahagian cadangan penyelesaian untuk membantu mereka yang mempunyai pendapatan isu rumah bulanan kurang daripada RM3,800 yang berdepan kesukaran mendapatkan pinjaman walaupun bagi hartanah bernilai RM35,000.
"Kita (kementerian) pernah mencadangkan supaya Bank Negara mempertimbangkannya, dan wakil mereka terbuka kepada idea itu. Bagaimanapun, saya difahamkan bahawa Bank Negara perlu mengambil kira kemampuan pemohon untuk membayar balik.
"Saya percaya Bank Negara akan melihat idea itu secara holistik sebelum membuat sebarang keputusan atau rumusan. Namun, saya harap mereka dapat melakukan sesuatu bagi Kumpulan B40 ini untuk memiliki rumah impian mereka," katanya.
Sidang kemuncak dua hari itu yang dianjurkan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) bermula hari ini, akan menilai serta mengkaji cabaran serta peluang yang dihadapi oleh industri, dan kemunculan trend dan keadaan ekonomi yang memberi kesan kepada sektor hartanah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyDeposit
#MyHome
#Najib Razak
#Noh Omar
#peneroka
#perumahan
#PPA1M
#PR1MA
#rumah idaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan