Kementerian Luar hari ini menjelaskan proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bukan satu keutamaan bagi Malaysia buat masa ini.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan juga bersedia untuk menangguhkan proses berkenaan mengikut saranan umum.
"Keputusan berhubung ratifikasi ICERD akan dibuat oleh Kabinet dan kita akan ambil kira semua perkara yang ditimbulkan, termasuk saranan (menangguhkan ratifikasi ICERD)," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya selain ICERD, kerajaan berusaha untuk meratifikasi konvensyen hak asasi manusia antarabangsa yang masih belum ditandatangani, iaitu Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik; dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penderaan dan Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Martabat.
Konvensyen lain yang belum diratifikasi adalah Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan; Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga; serta Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan yang Dipaksa.
"Kita tahu ICERD boleh menimbulkan isu dan ia bukan konvensyen yang pertama yang kita cuba ratifikasi, ada lima lagi, mungkin ada dua yang kita boleh dahulukan iaitu Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penderaan dan Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Martabat; dan Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan yang Dipaksa," katanya.
Jelasnya, kementerian juga telah mengadakan beberapa siri engagement (libat urus) dengan orang awam dan beberapa siri lagi akan diadakan, termasuk sesi libat urus Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan diadakan pada 27 November ini bagi membincangkan isu ICERD.
"Saya nak jelaskan, kita tidak tergesa-gesa untuk membuat perkara yang boleh menimbulkan masalah kepada negara dan bangsa, sebab itu saya kata kerajaan Pakatan Harapan akan tetap pertahan 'the body of constitution', perkara-perkara fundamental dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Penggulungan Saifuddin berlangsung dalam keadaan 'panas' apabila beliau tidak putus-putus diganggu anggota Parlimen, terutamanya daripada barisan pembangkang, yang membangkitkan isu ICERD dan meminta penjelasan menteri itu berhubung pendirian kerajaan terhadap ICERD.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 21 2018
SAIFUDDIN: Keputusan berhubung ratifikasi ICERD akan dibuat oleh Kabinet dan kita akan ambil kira semua perkara yang ditimbulkan.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Majikan cenderung ambil pekerja sama bangsa - Boss James
Masalah pertuturan bahasa Melayu antara punca majikan sukar mengambil pekerja berlainan bangsa.
Ketua PBB desak hapus semua bentuk diskriminasi kaum
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan menangani isu perkauman dan menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum.
Isu ancam keharmonian kaum mesti ditangani dengan pantas, cekap - Sultan Johor
Baginda bertitah tindakan pantas dan tepat oleh pihak berkuasa akan mencegah kekeliruan dan penularan sentimen berbaur kebencian.
Isu diskriminasi kaum, Tesla berdepan tuntutan mahkamah di California
Jabatan Keadilan Buruh dan Perumahan California (DFEH) memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Tesla pada Rabu berhubung dakwaan syarikat itu mengamalkan diskriminasi dan gangguan perkauman.
Perancis buka semula ekonomi dan sempadan
Presiden Perancis, Emmanuel Macron membuka semula semua restoran dan ekonomi negara berkenaan untuk mempercepatkan pemulihan pasca COVID-19.
ICERD: Rakyat Malaysia jadi mangsa mitos dan salah faham - Kit Siang
Menurutnya, cadangan meratifikasi ICERD tidak berpunca daripada agenda rahsia untuk melemahkan Perlembagaan Persekutuan atau menyerang kedudukan orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu.
Himpunan ICERD diteruskan, kerajaan gagal tunjuk kesungguhan - Pas
Nasrudin berkata, himpunan tersebut juga wajar diteruskan bagi mendesak kerajaan supaya tidak berdolak-dalih dalam isu ICERD.
DUN Pahang lulus usul tolak ratifikasi ICERD
Usul dibahaskan bersama-sama lima Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, Pas dan Pakatan Harapan.
Kerajaan sedia tangguh ratifikasi ICERD - Saifuddin
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan juga bersedia untuk menangguhkan proses berkenaan mengikut saranan umum.
Ketepikan dahulu ICERD sebelum isu perkauman lebih meruncing - Anwar
Walaupun PKR merupakan parti yang menjamin keadilan untuk semua masyarakat, Anwar berkata, apa jua yang termaktub dalam dokumen Perlembagaan Persekutuan harus diberi keutamaan.