Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung status naskah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas jabatan itu daripada Persatuan Bible Malaysia di Damansara minggu lepas.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jika Bible yang dirampas itu mematuhi Resolusi Penyelesaian 10 Perkara, beliau akan mengarahkan Jais memulangkan semula Bible itu kepada persatuan berkenaan.
"Antara syarat resolusi itu ialah membenarkan untuk mengimport, mengguna dan mencetak Bible dalam bahasa Melayu.
"Kita juga mahu tahu bagaimana Bible ini boleh masuk ke Selangor dan negeri lain kerana setiap buku yang diimport atau dicetak perlu ada pengesahan daripada KDN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini, Rabu.
Kerajaan Selangor turut menasihatkan JAIS supaya menjalankan siasatan secara profesional dengan mengambil kira sensitiviti penganut agama Kristian di negeri ini.
Pada 2 Jan lepas, JAIS menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas 300 naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988.
Mengulas isu kalimah Allah, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri tetap berpegang kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris yang melarang orang bukan Islam mengguna pakai beberapa perkataan termasuk kalimah Allah dalam mana-mana penulisan, penerbitan, pengucapan awam dan sebarang kenyataan seperti mana yang termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.
"Oleh sebab itu, kita juga merancang mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua agama bukan Islam di negeri ini untuk memberi pemahaman kepada mereka mengenai titah Sultan dan enakmen itu," katanya.
Abdul Khalid berkata JAIS turut diarah mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikemas kini oleh kerajaan negeri dalam sebarang operasi penguatkuasaannya berkuat kuasa Rabu.
Beliau berkata prosedur itu termasuk memaklumkan mengenai operasi JAIS kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Bernama
Wed Jan 08 2014
Gambar Fail
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.
Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.
Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.
Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).