SHAH ALAM: Pembangkang di Selangor mencadangkan agar kerajaan negeri mengangkat semula projek Bandar Terusan, yang sepatutnya dilaksana pada akhir 2007 bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar) berkata projek berkenaan adalah pembinaan satu terusan besar sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan dua tasik di Daerah Petaling dan Kuala Langat.
"Jika projek ini berjaya disiapkan, terusan besar berkenaan mampu menyimpan ratusan juta liter air limpahan dan banjir kilat yang berlaku seperti hari ini dapat dielakkan," katanya.
Beliau berkata inisiatif Bandar Terusan yang diilhamkan daripada pembinaan terusan di Belanda, dapat meminimumkan sepenuhnya impak banjir di kawasan Lembah Klang dalam jangka masa 100 tahun akan datang.
"Inilah kelebihan yang ada pada kerajaan dahulu iaitu kita mampu merancang dan melaksanakan bukan sahaja untuk jangka masa pendek, malah hasilnya dapat dirasai oleh generasi yang akan datang," katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang DUN di sini, hari ini.
Rizam turut meluahkan rasa terkilan terhadap kerajaan negeri yang tidak membuat sebarang perancangan awal bagi membantu kerajaan pusat menangani masalah banjir teruk yang melanda negeri ini sebelum ini, walaupun enam kali amaran cuaca hujan lebat di Selangor dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Sidang DUN bersambung esok.
--BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022
Kerajaan negeri digesa lakukan perancangan dan tindakan bagi menangani masalah banjir teruk yang melanda Selangor. - Bernama
Tanpa bantuan kewangan, British Council boleh "lenyap" dalam sedekad
British Council boleh "lenyap" dalam dekad akan datang tanpa campur tangan segera kerajaan, kata ketua eksekutif organisasi itu.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM12.5 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari.
Israel bebas kumpulan kedua tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
114 banduan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 banduan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.
Hubungan melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Bas membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah
Bas yang membawa tahanan palestin yang dibebaskan dari Penjara Israel tiba di Ramallah pada Sabtu.
Wanita Israel dibebaskan minggu depan - Hamas
Wanita warga Israel yang menjadi tebusan di Semenanjung Gaza akan dibebaskan minggu depan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengangkutan awam percuma selama seminggu di Bangkok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mengarahkan khidmat pengangkutan awam diberikan secara percuma di Bangkok selama seminggu bermula hari ini.
Kemboja gesa pakai pelitup muka, elak aktiviti di luar rumah
Kerajaan Kemboja pada Sabtu menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap pencemaran udara yang tinggi sekali gus menasihati mereka memakai pelitup muka untuk aktiviti luar.
Kerajaan Selangor dicadang angkat semula projek terusan, atasi masalah banjir
Projek berkenaan adalah pembinaan satu terusan besar sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan dua tasik di Daerah Petaling dan Kuala Langat.