KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor berharap bekalan elektrik dapat dipulihkan dan disegerakan bagi memastikan pintu air dapat beroperasi sepenuhnya.
Menurut Exco Infrastruktur dan Pertaniah negeri, Ir Izham Hashim, perkara itu penting bagi memastikan rumah pam di kawasan Sri Muda dapat beroperasi sepenuhnya.
Selain itu, Izham juga menjelaskan rumah pam dan pintu air perlu beroperasi bagi memastikan air banjir dapat dikeluarkan dari Taman Sri Muda.
"Aras banjir juga telah memberi kesan kepada rumah pam kekal di Kolam Takungan Banjir Taman Sri Muda untuk berfungsi menyalurkan air banjir.
"Pencawang elektrik TNB (Tenaga Nasional Berhad) yang tenggelam semasa banjir menyebabkan empat unit pam berkapasiti 2,000 liter per saat telah dihenti tugas akibat ketiadaan bekalan elektrik.
"Manakala, pengoperasian empat unit pam bergerak di pintu air Persiaran Budiman telah berjaya menurunkan aras banjir di Taman Sri Muda.
"Rumah pam dijangka akan beroperasi pada hari ini tertakluk kepada proses pengoperasian dan pembaikan komponen mekanikal dan elektrikal rumah pam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Izham turut memaklumkan, ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan pintu air tidak boleh beroperasi dengan sempurna.
Jelas beliau, pintu air dapat mudah dibuka dengan sempurna sekiranya bekalan elektrik tidak terganggu di kawasan tersebut.
"Namun ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan pintu air perlu dibuka secara manual dengan mengambil keadaan risiko pintu air akan rosak dan gagal berfungsi jika shaft besi kawalan pintu air bengkok atau berpintal.
"Oleh itu, tindakan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) Selangor adalah meneruskan pengepaman air dari saliran utama sehingga aras yang seimbang bagi mengurangkan tekanan kepada pintu air," katanya lagi.
Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, berikutan bekalan elektrik sudah dipulihkan, kerajaan Selangor menjangkakan banjir di Sri Muda, Shah Alam akan surut dengan lebih cepat.
Amirudin juga memaklumkan, pintu air yang tersekat sebelum ini dapat berfungsi semula selepas bekalan elektrik dipulihkan dan generator daripada TNB.
Astro Awani
Wed Dec 22 2021
Izham Hashim menjelaskan rumah pam dan pintu air perlu beroperasi bagi memastikan air banjir dapat dikeluarkan dari Taman Sri Muda. - Gambar fail
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Semakan tarif air perlu, syarikat air beroperasi dalam keadaan rugi - Exco Selangor
Kadar tarif air ketika ini adalah terlalu rendah sedangkan perbelanjaan modalnya (Capex) agak tinggi.
Tarif air Selangor naik? Kerajaan negeri ambil kira semua pandangan
Penstrukturan air dan pengambilalihan Splash dijangka akan memberikan kesan terhadap kemampuan kerajaan negeri membiayai kos tersebut.