awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Selangor sedia hulur bantuan kepada keluarga pelajar terlibat nahas di Jordan

Faida Rahim
Faida Rahim
09/03/2025
07:45 MYT
Kerajaan Selangor sedia hulur bantuan kepada keluarga pelajar terlibat nahas di Jordan
AMIRUDIN: Insya-Allah Kerajaan Negeri bersedia menghulurkan bantuan terhadap keluarga pelajar terbabit. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga pelajar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jordan.

Ringkasan AI
  • Kerajaan negeri Selangor bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga dua pelajar wanita dari Selangor yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jordan.
  • Sumayya Azamuddin mengalami cedera ringan, manakala Fatimah Nuha Mustaza mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan lanjut.
  • Pejabat Menteri Besar Selangor telah berhubung dengan waris dan keluarga pelajar yang terlibat serta akan terus memantau keadaan mereka dari semasa ke semasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut yang melibatkan dua pelajar wanita dari Selangor, iaitu Sumayya Azamuddin dan Fatimah Nuha Mustaza.
"Saya telah dimaklumkan berkenaan satu insiden kemalangan melibatkan pelajar Selangor di Jordan.
"Dua orang pelajar wanita dari Selangor tersebut adalah Saudari Sumayya binti Azamuddin dan Saudari Fatimah Nuha binti Mustaza.
"Saudari Sumayya dilaporkan mengalami cedera ringan manakala Saudari Fatimah Nuha dilaporkan mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan lanjut," katanya.
Dalam pada itu, pejabatnya telah berhubung dengan waris serta keluarga pelajar yang terlibat dan akan terus memantau keadaan mereka dari semasa ke semasa.
"Pejabat saya telah berhubung dengan waris dan keluarga pelajar yang terlibat serta akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.
"Insya-Allah Kerajaan Negeri bersedia menghulurkan bantuan terhadap keluarga pelajar terbabit," katanya.
Beliau turut mengajak orang ramai mendoakan kesembuhan pelajar yang terlibat dalam kemalangan itu agar mereka dapat pulih seperti sediakala.
Terdahulu, empat pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan, mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kelmarin.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Jordan
#Sumayya Azamuddin
#Fatimah Nuha Mustaza
#pelajar wanita dari Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan