KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara Malaysia.
Perkara itu disahkan dalam kenyataan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pada Sabtu.
Kenyataan itu menyebut, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023 itu dijangka akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen ini setelah memenuhi kehendak undang-undang.
"Mesyuarat Jemaah Menteri telah meneliti dan bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan terhadap Bahagian I seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1) (e) dan Bahagian II, Seksyen 1 (b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua.
"Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar bin Ibrahim serta barisan kabinet kerana merealisasikan komitmen negara terhadap kesaksamaan jantina dan memenuhi hak terhadap kanak-kanak.
"Cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara ini adalah untuk menggantikan perkataan “bapanya” dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan “sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya” bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapat hak seadilnya menurut Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Sementara itu kenyatan itu juga menyebut pindaan yang lain berkaitan kewarganegaraan terutamanya Bahagian III akan dikaji dengan lebih terperinci oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan dibawah KDN dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri setelah cadangan pindaan tersebut dimuktamadkan dengan mengambil kira libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan.
Jelasnya, perkara ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mengiktiraf kesamarataan wanita dan lelaki menyingkirkan diskriminasi terhadap wanita di Malaysia, mengatasi kelemahan peruntukan kewarganegaraan yang timbul, menyelesaikan lambakan kes-kes tertunggak bagi wanita yang terkesan yang memohon kewarganegaraan anak mereka melalui pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama dan tidak munasabah dan memberikan tafsiran yang jelas dan mengelakkan tafsiran berbeza dari mahkamah.
"Kesan daripada keputusan ini adalah anak yang lahir di luar negara sebelum atau selepas Hari Malaysia yang mana sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya adalah warganegara Malaysia berhak mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang menurut Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.
Afiezy Azaman
Sat Feb 18 2023
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023 itu dijangka akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen ini. - Gambar hiasan
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi orang ramai menghulurkan bantuan kewangan.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar – Arab Saudi, Turkiye, Jordan dan Mesir
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
Kewarganegaraan: Kaji, tangguh pindaan Seksyen 1(a) dan Seksyen 2(3) - MCRA
MCRA memohon kerajaan membuat kajian terperinci atau menangguhkan terlebih dahulu pindaan beberapa peruntukan mengenai kewarganegaraan.
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
KDN akan segerakan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan
Pada masa ini proses itu telah melepasi sesi perbincangan di peringkat Jemaah Menteri serta dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
KDN tidak terikat luluskan setiap permohonan kewarganegaraan
Shamsul Anuar berkata, tiada tempoh masa tertentu yang ditetapkan bagi pengeluaran keputusan, dan ia berbeza-beza mengikut keperluan kes
Isu kewarganegaraan: Pindaan pada perlembagaan atau mungkin pada akta lain
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tiga jalur mendapatkan kewarganegaraan - penguatkuasaan undang-undang, pendaftaran dan naturalisasi menerusi Perkara 14,15, 16,19 dan 30.
Sebanyak 9,539 permohonan kewarganegaraan sudah dipertimbang - Saifuddin
Sebanyak 9,539 permohonan kewarganegaraan telah dipertimbang Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat September lalu, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Tiada kad pengenalan: JPN telah hubungi Melisa
JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan penelitian sewajarnya terhadap perkara itu sedang dibuat.
JPN nafi dakwaan 54,000 warga China diberi kewarganegaraan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan untuk menjadi pengundi DAP.
KDN kenal pasti lapan cadangan untuk pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan
Namun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada ketetapan dibuat setakat ini kerana perlu melalui proses lain di pelbagai peringkat.