BANGI: Kerajaan bersetuju membenarkan pengambilan pekerja asing khusus untuk sektor perladangan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), kata menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri kepadanya yang memutuskan hanya sektor perladangan pada masa ini yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia bersetuju bahawa pekerja asing selain sektor perladangan tidak dibenarkan masuk lagi tetapi untuk industri perladangan ia terbuka dan diberi peluang.
"Setakat kaji selidik sehingga Disember 2023, kita menganggarkan seramai 40,000 pekerja diperlukan ketika ini, tetapi mana-mana syarikat yang terlibat dalam perladangan perlu mengemukakan permohonan (pengambilan pekerja asing),” katanya kepada media pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2023, di sini.
Johari turut menegaskan syarikat yang ingin membuat permohonan pengambilan pekerja asing untuk industri perladangan perlu memastikan kehendak spesifik pekerjaan di ladang dan bukan dalam sektor lain.
"KPK juga akan memastikan sesiapa yang membawa masuk pekerja asing akan menyediakan tempat tinggal yang elok dan sempurna kerana kita tidak mahu timbul isu pekerja asing dianggap dalam keadaan buruh paksa.
"Saya difahamkan oleh menteri KDN, mana-mana syarikat yang membawa masuk pekerja asing ke dalam negara kemudian tidak ada kerja, tetap kena bayar gaji kepada pekerja tersebut untuk mengelak negara kita daripada dituduh sebagai mengamalkan pemerdagangan manusia atau buruh paksa,” katanya.
Terdahulu, Johari menyaksikan penyerahan dana khusus untuk Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TPKS 2.0) berjumlah RM100 juta daripada MPOB kepada Agrobank.
Dana yang disediakan menerusi Belanjawan 2024 terdiri daripada komponen geran (50 peratus) dan sebahagian lagi adalah pembiayaan (50 peratus) kepada pekebun kecil persendirian.
Penyaluran dana bagi kedua-dua komponen geran dan pembiayaan akan disalurkan sepenuhnya oleh Agrobank dan bayaran balik oleh pemohon hanya melibatkan 50 peratus (termasuk dua peratus faedah) daripada keseluruhan jumlah dana disalurkan.
Nilai pembiayaan adalah sebanyak RM14,000 per hektar untuk pekebun kecil di Semenanjung Malaysia manakala RM18,000 per hektar kepada pekebun kecil di Sabah dan Sarawak dan permohonan telah dibuka bermula 15 Januari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Johari berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri kepadanya yang memutuskan hanya sektor perladangan pada masa ini yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing. - Gambar fail/Bernama
PM ke Kyrgyztan, Kazakhstan, Uzbekistan bermula esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adakan lawatan rasmi ke Kyrgyztan, Kazakhstan, Uzbekistan bermula esok.
#AWANI745
#AWANI745
Anwar tolak keperluan kasino kedua untuk Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk Malaysia bergantung kepada hasil kasino bagi membantu meningkatkan pendapatan negara.
Perdana Menteri berkata, ini kerana penumpuan negara dalam bidang seperti transformasi digital, pemindahan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) sudah mencukupi untuk mencapai matlamat itu.
#AWANI745
Perdana Menteri berkata, ini kerana penumpuan negara dalam bidang seperti transformasi digital, pemindahan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) sudah mencukupi untuk mencapai matlamat itu.
#AWANI745
Akaun Fleksibel: Literasi bantu capai kesejahteraan kewangan
Adalah penting untuk memberi penekanan terhadap aspek literasi kewangan bagi membolehkan orang ramai mencapai matlamat utama yang disasarkan, iaitu kesejahteraan kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes demam denggi menurun pada ME18, tiada kematian - KP Kesihatan
Sebanyak 1,995 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME18) bagi tempoh 28 April hingga 4 Mei lepas berbanding 2,237 kes pada minggu sebelumnya.
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia suku tahun pertama 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Demografi Malaysia untuk suku tahun pertama 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.
Jumlah korban banjir lahar dingin di Indonesia meningkat
Sebanyak 52 orang ditemukan terkorban dan 17 lagi dilaporkan hilang selepas banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
AWANI Borneo [14/05/2024] - Hilang kawalan | SUKMA 2024 | Komitmen naik taraf
#AWANIBorneo Selasa, 14 Mei 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
2. SUKMA 2024: Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan di Sarawak
3. Potensi Labuan jadi pusat pelancongan utama negara
1. Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
2. SUKMA 2024: Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan di Sarawak
3. Potensi Labuan jadi pusat pelancongan utama negara
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan menjelang SUKMA 2024
Lebih RM200 juta telah digunakan untuk menaik taraf fasiliti sukan di Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo