awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan siasat aplikasi didakwa promosi budaya 'sugar daddy' - Ahmad Marzuk

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
14/02/2021
06:44 MYT
Kerajaan siasat aplikasi didakwa promosi budaya 'sugar daddy' - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk berkata dakwaan peningkatan jumlah mahasiswa yang terlibat dengan aplikasi itu adalah mendukacitakan dan ia kini masih dalam siasatan. - Gambar fail
KOTA BHARU:Kerajaan memandang serius kegiatan laman sesawang mahupun aplikasi yang didakwa tidak bermoral dan boleh mempengaruhi remaja serta golongan mahasiswa di negara ini.
Ia termasuk aplikasi mencari teman yang dikatakan mempromosi budaya hubungan bersama orang lebih berusia ataupun digelar 'sugar daddy'.
Justeru Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata perlu ada satu tindakan tegas diambil termasuk memadam dan menyekat aplikasi seumpamanya dari dibenarkan digunakan di negara ini.
“Sepatutnya kalau benar bagai didakwa, kerajaan kena ambil tindakan sangat tegas ini suatu perkara yang sangat mendukacitakan kita dan saya sebut pihak kerajaan akan kenakan tindakan lebih keras kepada pihak terlibat dan apikasi itu. Sepatutnya dihalang di negara ini, kita tidak boleh dorong rakyat untuk langgar hukum dengan adanya aplikasi itu,” katanya.
Beliau ditemui sempena pelancaran Kaunter Pandu Lalu, Musaadah Covid-19 Pengkalan Chepa dan penyampaian sumbangan kepada pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kompleks Purnama di sini hari ini.
Isu Sugar Daddy | Kerajaan harus sekat aplikasi tawar perkhidmatan
Katanya lagi, di bawah agensi agama pihaknya akan mengenakan tindakan tegas berdasarkan bidang kuasa yang ada.
Sementara itu Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata dakwaan peningkatan jumlah mahasiswa yang terlibat itu dengan aplikasi terbabit turut mendukacitakan dan ia bagaimanapun masih dalam siasatan.
"Dakwaan-dakwaan itu masih lagi dalam siasatan sama ada benar ataupun tidak. Siasatan itu bukan bermaksud kita menafikannya.
"Biasalah prosedur sebagai sebuah kerajaan untuk mengambil tindakan seterusnya perlu ada kertas yang betul-betul membuktikan soal perkara tersebut.
"Kita serah kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana ia membabitkan penuntut dan juga untuk tindakan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Presiden Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabru mendakwa statistik menunjukkan seramai 12,705 pelajar institut pengajian tinggi berdaftar dengan aplikasi terbabit untuk mencari teman dalam kalangan lelaki lebih berusia.
Berdasarkan rekod, didakwa terdapat peningkatan lebih 40 peratus pendaftaran pengguna baharu aplikasi itu akibat desakan hidup sewaktu COVID-19.
Topic Berkaitan
#Ahmad Marzuk Shaary
#berpacaran
#cari teman
#mahasiswa
#Sugar Daddy
#Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama
#aplikasi tidak bermoral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan