awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2024
12:52 MYT
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Dewan Rakyat dimaklumkan kerajaan sudah membayar sejumlah RM48.06 bilion daripada keseluruhan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kerajaan sudah membayar sejumlah RM48.06 bilion daripada keseluruhan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
“Baki hutang 1MDB perlu dibayar bagi sukuk dengan nilai prinsipal adalah RM5 bilion yang akan matang pada 2039.
"Di bawah perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 2020, kerajaan sudah menerima bayaran daripada Goldman Sachs sebanyak AS$2.5 bilion (RM11.83 bilion) dengan jaminan pengembalian aset AS$1.4 bilion (RM6.63 bilion) sehingga 2025," katanya.
“Sebagai sebahagian daripada penyelesaian 2020 dengan Malaysia, Goldman Sachs membuat pembayaran awal AS$2.5 bilion (RM11.83 bilion) pada September tahun tersebut. Bank itu juga dikehendaki membuat pembayaran sementara, sebanyak AS$250 juta (RM1.2 bilion) jika Malaysia tidak menerima sekurang-kurangnya AS$500 juta (2.4 juta) dalam aset dan hasil menjelang Ogos 2022,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2023) peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Selasa.
Amir Hamzah menambah, Goldman Sachs sudah memfailkan permohonan timbang tara di Mahkamah London mengenai pertikaian berkenaan jaminan itu, pada tahun lalu.
"Kerajaan dengan pembabitan pelbagai agensi dan 1MDB giat meneruskan usaha mendapatkan aset semula 1MDB di seluruh dunia.
"Kerajaan yakin usaha ini akan membawa hasil untuk meningkatkan kadar aset 'recovery' dengan lebih elok," katanya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Amir Hamzah Azizan
#hutang
#bayar balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan