awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sudah ‘move on’ daripada khabar angin tukar kerajaan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
29/02/2024
15:57 MYT
Kerajaan sudah ‘move on’ daripada khabar angin tukar kerajaan
Sekiranya pembangkang benar-benar ada jumlah sokongan mencukupi, usul tersebut boleh dibawa ke Parlimen. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah ‘move on’ daripada khabar angin tukar kerajaan dan kini memberi tumpuan kepada pembangunan masyarakat, ekonomi dan negara.
Begitupun, Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata, kerajaan masih belum dapat ‘move on’ untuk mempertahankan pendirian mereka apabila perkara itu dibangkitkan.
Tegasnya, sekiranya pembangkang benar-benar ada jumlah sokongan mencukupi, usul tersebut boleh dibawa ke Parlimen dan Ahli Parlimen dari kerajaan terbuka dengannya.
“Kalau betul ada angka, silakan, boleh bawa dalam Parlimen. Parlimen adalah medan cukup mulia.
“Sehingga kini ada suara begitu, tapi sehari dua ini, selepas titah Yang di-Pertuan Agong, ada perubahan.
“Suara berubah sikit, suara lebih kepada kritik kerajan dari segi dasar, itu yang kita perlu sebenarnya.
“Kita memang perlu move on, kalau kita tidak move on, empat tahun yang akan datang ini bukan saja kepada kerajaan tapi pembangkang juga akan menghadapi masa yang sukar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru disiarkan Astro AWANI pada Khamis.
Dalam pada itu, Pengamal Undang-Undang, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, wakil rakyat sekarang tidak lagi boleh berfikiran seperti dahulu yang membawa masuk ‘minda kepartian’ ke dalam Dewan Rakyat.
Menurutnya, wakil rakyat harus faham apabila mereka masuk ke dalam Dewan Rakyat, mereka adalah wakil kepada rakyat dan harus tinggalkan minda parti di luar.
“Di situ mereka harus ada tanggungjawab mereka mengimbangi, mengkritik, memberi cadangan sebagainya untuk polisi-polisi yang akan dibintangi.
“Macam Yang Berhormat sebut, masalah dihadapi di kawasan ,apakah polisi yang harus diwujudkan, polisi yang tidak baik daripada kerajaan dan kritikan dan cadangan membina.
“Kesimpulannya, bila seorang wakil rakyat masuk dalam Dewan Rakyat, dia harus bermindakan wakil rakyat dahulu, parti di luar.
“Kalau perkara itu boleh diterima dan boleh disemai dalam setiap wakil rakyat, saya rasa perbincangan kita akan lebih menjurus kepada kebaikan rakyat,” katanya. -ENDS-
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#Parlimen
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan