awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia perkukuh kerjasama AI, keselamatan siber dengan China
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus terhadap Kanada jika Ottawa adakan perjanjian dengan China
Perak peruntuk RM1.8 juta bantu sekolah persendirian Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sukar tumpu krisis COVID-19 dan ekonomi selagi 'isu' Anwar tak selesai - KJ

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/10/2020
09:22 MYT
Kerajaan sukar tumpu krisis COVID-19 dan ekonomi selagi 'isu' Anwar tak selesai - KJ
Khairy yakin persoalan kemelut politik negara terjawab selepas Yang di-Pertuan Agong selesai mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik. - Gammbar fail
KUALA LUMPUR:Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong mampu menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara ini, terutamanya soal sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai bilangan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, jika tidak diselesaikan dengan segera, kerajaan akan mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha menangani wabak COVID-19, serta pemulihan ekonomi yang sedang meruncing.
Khairy juga optimis segala persoalan mengenai jumlah sebenar sokongan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan itu akan terjawab selepas Agong selesai mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik yang berkaitan.
“Ini masalah yang dihadapi oleh negara pada waktu ini. Apa yang saya tahu, Anwar telah menghadap Agong untuk kemukakan bilangan ahli ahli yang menyokongnya dan perkara ini kalau tak silap saya mesti disahkan ketua-ketua parti.
“Pada waktu ini tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk menghadap mungkin kerana masalah kesihatan dan juga ancaman COVID yang sedang menular waktu Perintah Kawalan Pergeraan Bersyarat (PKPB) ini. Selepas selesai dan apabila dapat menghadap, saya harap perkara ini dapat diselesaikan,” katanya lagi.
Anwar, dalam satu sidang media khas di ibu negara pada 13 Oktober lepas mendakwa, beliau mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk membentu kerajaan baharu.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah mempersembahkan dokumen sokongan mengenai dakwaan itu kepada Agong, dan memohon semua pihak memberi masa kepada Tuanku untuk mengesahkan dakwaan itu.
BACA: Anwar dakwa ada sokongan lebih 120 Ahli Parlimen, mohon Agong diberi ruang dan masa
Mengulas lanjut, Khairy sekali lagi menegaskan beliau tidak termasuk dalam senarai Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri baharu, seperti yang tular sebelum ini.
“Saya dan rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen lain yang saya kenal rapat, kalau ada dokumen yang tunjukkan UMNO secara keseluruhan menyokong sokong Anwar untuk dapat majoriti, itu tidak betul.
“Tapi perkara ini mestilah disahkan supaya Agong puas hati, mengikut kebijaksanaan baginda, bahawa beliau (Anwar) mempunyai majoriti. Hanya dengan itu saja lah dapat kita selesaikan kemelut politik yang ada pada hari ini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#kemelut politik
#UMNO
#kerajaan
#menteri
#Sains
#COVID-19
#politik
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan