KUALA LUMPUR:Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional.
Dalam sidang media khas hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah menyampaikan bukti berupa surat akuan sumpah dan pengesahan ketua parti berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong awal hari ini.
Anwar berkata, beliau dimaklumkan bahawa Baginda (Yang di-Pertuan Agong) memerlukan masa untuk mengesahkan keabsahan dokumen berkenaan, termasuk mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik.
“Saya pohon semua pihak beri ruang kepada Agong menjalankan tanggungjawab mengikut lunas perlembagaan, dan juga budi bicara Tuanku untuk menelaah dokumen dan dalam satu dua hari ini, panggil ketua parti untuk mengesahkan dan juga mendapat input sebaiknya,” katanya lagi.
BACA: Anwar menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan media
Ditanya sama ada beliau telah membuat perjanjian dengan mana-mana ahli parlimen pihak lawan, termasuk mereka yang mempunyai kes mahkamah, Anwar berkata, beliau tidak ada dendam dengan sesiapa.
“Nombor satu, ini merupakan kerajaan inklusif. Saya tiada dendam dengan sesiapa. Keduanya, saya telah berulang kali menegaskan kita komited terhadap reformasi institusi dan kehakiman.
“Apa yang boleh saya tegaskan, saya tidak mempunyai dendam. Tetapi mereka harus menerima dan menjalani proses keadilan dengan sewajarnya,” katanya lagi.
Ditanya sama ada sokongan itu termasuk parti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar berkata: “Senarai itu akan dikeluarkan nanti".
Firdaus Azil
Tue Oct 13 2020

ANWAR: Apa yang boleh saya tegaskan, saya tidak mempunyai dendam. - Gambar fail

Serangan udara baharu Israel ke atas Gaza, bunuh sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin
Sekurang-kurangnya 20 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara baharu Israel di Semenanjung Gaza pada Khamis di tengah-tengah serangan maut berterusan di kawasan itu.
Pemilik TikTok jadi individu terkaya di China
Indeks Jutawan Bloomberg pada Khamis menunjukkan bahawa Zhang Yiming kini merupakan individu ke-24 terkaya di dunia.
Turkiye tolak kenyataan prejudis komuniti antarabangsa
Ankara telah meminta negara-negara Eropah untuk bertindak dengan waras mengenai penahanan bekas Datuk Bandar Istanbul.
Protes di Indonesia, bantah pindaan undang-undang tentera
Protes tersebut dibuat selepas kumpulan pro-demokrasi dan hak asasi melihat pindaan undang-undang ketenteraan sebagai ancaman kepada demokrasi baharu negara.
Cadangan AS kena tarif kenderaan import langgar peraturan WTO - China
Cadangan Amerika Syarikat untuk mengenakan tarif ke atas kenderaan import disifatkan sebagai melanggar Peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Perkhidmatan kereta api Pakistan beroperasi semula
Kepala kereta api Jaffar Express dihiasi dengan bendera kebangsaan Pakistan, belon dan riben untuk meraikan acara tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 180 kanak-kanak terbunuh dalam sehari di Gaza akibat serangan Israel - UNRWA
Lebih 180 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza dalam tempoh sehari ketika serangan dahsyat terus dilancarkan ke atas wilayah itu.

KBS cari calon CEO Jawatankuasa Sukan SEA, Para ASEAN 2027
KBS sedang mencari calon yang akan menggalas tugas sebagai CEO bagi Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-15 yang akan berlangsung di tanah air pada 2027.

Serangan siber: PM arah NACSA, MKN bekerjasama rapat dengan MAHB
Kesiapsiagaan pakar tempatan dalam berhadapan sebarang insiden keselamatan siber akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Madani.

Sambutan Aidilfitri Madani di 8 negeri, bermula di Melaka
Kerajaan akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di lapan negeri bermula di Melaka, yang menjadi penganjuran peringkat kebangsaan pada 5 April depan.

Jadikan Masjid MADANI pusat komuniti setempat - PM Anwar
Masjid ini akan mempunyai ruang budaya, seni, perpustakaan, dan dewan persidangan untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat umum.

Aidilfitri: Harga terkawal, bekalan mencukupi - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga barangan asas sempena Aidilfitri masih terkawal dan tiada kenaikan harga.

Masjid MADANI: Kemenangan papar kemuliaan Islam, bukan tiket untuk angkuh - PM Anwar
Anwar menekankan pentingnya menegakkan hak berasaskan hukum dan undang-undang serta mengingatkan masyarakat untuk tidak mengapi-apikan isu perkauman.

Seramai 5.4 juta bakal menerima bantuan SARA mulai 1 April
Kerajaan MADANI mengumumkan peluasan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April.

218 tahun: Pengorbanan Sang Saka Biru pelihara keselamatan negara terus dihargai
Genap 218 tahun hari ini, pasukan PDRM memelihara keselamatan serta ketenteraman negara.

Anwar dedah sistem MAHB digodam dengan tuntutan AS$10 juta
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa sistem Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) digodam dengan tuntutan AS$10 juta.

Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, namun masyarakat terus beri kepercayaan - KPN
Persepsi masyarakat dalam menyelesaikan kes berprofil tinggi menjadi cabaran kepada seluruh warga pasukan dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatannya.

Perpindahan kuil: Islam tidak tekan mana-mana pihak - PM
Agama Islam merupakan agama Persekutuan di negara ini tetapi ia bukan faktor untuk menekan mana-mana pihak.