KUALA LUMPUR: Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata, ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 Jun lepas yang mengekalkan rebat dua sen kilowatt per jam (kWj) kepada semua pengguna domestik dan surcaj RM3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022.
"Dalam hal ini, semua pengguna di Semenanjung akan membayar bil elektrik pada kadar yang sama seperti yang dibayar sejak Januari 2022 berdasarkan penggunaan elektrik masing-masing," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Khairil Nizam Khirudin yang ingin tahu jumlah subsidi yang telah dan akan diperuntukkan kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.
Ali juga memaklumkan, sejak Januari 2021 hingga Jun lepas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM715 juta bagi mengekalkan rebat dua sen/kWj kepada semua pengguna domestik walaupun surcaj RM3.70 sen/kWj sepatutnya dikenakan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung bermula Januari 2022.
Sementara itu, beliau berkata, sebarang keputusan tarif elektrik berikutnya adalah berdasarkan kepada mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) hujung tahun ini yang bergantung pada harga bekalan bahan api di peringkat antarabangsa.
Katanya, kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Kewangan akan mengkaji kemungkinan pemberian subsidi tenaga secara bersasar. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi, kata Datuk Ali Biju. - Gambar BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
IKSH bantu kerajaan rangka program subsidi lebih bersasar - Armizan
Pembangunan Indikator Kos Sara Hidup (IKSH) akan membantu kerajaan merangka program subsidi lebih bersasar mengikut keperluan dan perbelanjaan rakyat.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
Parlimen: Subsidi bersasar RON95 perlu dibuat, elak ketirisan subsidi - Amir Hamzah
Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya.
Subsidi bersasar bagi RON95 antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Persoalan itu dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus Dewan Rakyat bersidang.
Tiga faktor penyasaran subsidi diesel belum dilaksana di Sabah, Sarawak - Armizan
Faktor ketiga, kerana jurang harga barangan begitu besar di Sabah, Sarawak dan Labuan berbanding di Semenanjung dan ia belum dapat ditangani sehingga kini.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.