awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti cadangan Sidang Dewan Rakyat secara dalam talian

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/11/2020
05:21 MYT
Kerajaan teliti cadangan Sidang Dewan Rakyat secara dalam talian
Dewan Rakyat turut memutuskan persidangan akan berlangsung sehingga pukul 2 petang bermula 9 November hingga 12 Disember ini.
KUALA LUMPUR:Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat secara dalam talian sebagai langkah mengekang penularan COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu boleh dilaksanakan dengan meminda 'Standing Order' sahaja.
"Menyentuh mengenai persidangan secara dalam talian, ia memang tidak ada dalam Peraturan Mesyuarat. Oleh sebab itu, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan wakil dari (Ahli Parlimen) Segambut dan Kuala Langat dalam jawatankuasa, kita sedang meneliti perkara tersebut.
"Insya-Allah kalau perkara ini dirasakan boleh dilakukan secepat mungkin, ianya akan dilakukan. Tidak perlu bawa rang undang-undang, hanya kita pinda 'Standing Order' sahaja, ini dalam proses," katanya di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Takiyuddin turut membawa usul supaya mesyuarat pada Isnin ini hingga 15 Disember depan bersidang dari jam 10 pagi hingga 2 petang.
Beliau juga mencadangkan Persidangan Kamar Khas bagi tempoh sama diawalkan dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang atau setelah selesai aturan urusan mesyuarat kamar khas itu.
Terdahulu, Dewan Rakyat turut memutuskan persidangan Dewan Rakyat akan bersidang sehingga pukul 2 petang bermula 9 November hingga 12 Disember ini.
BACA: Sidang Dewan Rakyat dipendekkan bermula 9 November
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#Dewan Rakyat
#Kuala Langat
#Kota Bharu
#Parlimen
#COVID-19
#Perdana Menteri
#Sidang dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan