awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti isu elaun pelajar 'intern'

Sinar Harian
Sinar Harian
18/06/2023
07:15 MYT
Kerajaan teliti isu elaun pelajar 'intern'
Sivakumar berkata, isu itu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan 'intern' tidak boleh dianggap sebagai buruh percuma. - Gambar fail
SEREMBAN: Kerajaan akan meneliti isu elaun untuk mahasiswa yang menjalani latihan industri atau 'internship' supaya mendapat pertimbangan sewajarnya.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, isu itu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan 'intern' tidak boleh dianggap sebagai buruh percuma.
"Bagi saya, perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan, perkara ini juga telah dibangkitkan dalam International Labour Conference supaya ia diberi pertimbangan sewajarnya di seluruh dunia.
"Intern ini tidak boleh dianggap buruh percuma, kita akan meneliti perkara ini dan saya akan beri maklum balas dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan mengenai seorang pelajar universiti awam yang meluahkan kebimbangannya untuk bertahan sepanjang menjalani latihan praktikal pada Oktober ini.
Menurut laporan itu, pelajar wanita itu menyifatkan mereka bukan buruh percuma dan memaklumkan terdapat latihan industri menawarkan elaun dengan jumlah yang kecil malah ada yang tidak memberi elaun langsung.
Pelajar jurusan pengajian antarabangsa dan strategik itu juga dilaporkan menyuarakan bantahannya dengan membawa sepanduk tertera “intern bukan buruh percuma” di sekitar kampusnya.
Dalam pada itu, Sivakumar turut memberitahu pihaknya akan memberikan maklum balas yang sewajarnya dalam tempoh terdekat dan secara prinsipnya beliau bersetuju dengan pandangan mahasiswa tersebut.
Sivakumar sebelum itu menyampaikan faedah kepada dua orang berinsurans Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) R Chandran, 40 dan Leong Tai Hee, 49 di sini pada Ahad. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#elaun pelajar intern
#V Sivakumar
#Tular
#Kementerian Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan