KULAI: Kerajaan menerima 63,000 rayuan bagi mendapatkan peranti di bawah Program PerantiSiswa apabila tarikh ditutup 31 Disember tahun lepas, dan 25,000 daripadanya telah diluluskan sehingga kini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, bakinya sedang diteliti oleh institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) terlibat, yang akan mengesahkan sama ada pemohon berkenaan itu berasal daripada kelompok keluarga B40.
"Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sebagai badan peneraju akan buat pengagihan. Sama ada permohonan diluluskan atau tidak, kita perlu tunggu pengesahan daripada institusi ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdullah Rahman Putra, di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan peranti di bawah program itu kepada penerima-penerima PerantiSiswa daripada 13 IPT dan beberapa sekolah di Parlimen Kulai, di sini.
Teo, yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata secara keseluruhannya sebanyak 301,737 unit tablet atau 83 peratus daripada 362,016 permohonan telah diluluskan, dan diedarkan sehingga kini.
"Bagi negeri Johor pula, 29,461 permohonan telah diluluskan dan daripada jumlah itu 23,435 unit telah diedarkan kepada mahasiswa yang layak," katanya.
Sementara itu menjawab satu soalan Teo berkata 13 kes mengenai penjualan peranti oleh penerima dikesan setakat ini, dan kali terakhir pihak kementerian menerima laporan mengenainya adalah pada November lepas.
Program PerantiSiswa merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu proses pembelajaran mahasiswa IPT yang berada dalam kelompok B40.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Teo Nie Ching berkata secara keseluruhannya sebanyak 301,737 unit tablet atau 83 peratus daripada 362,016 permohonan telah diluluskan, dan diedarkan sehingga kini. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Pelajar diingatkan tidak salah guna, jual tablet PerantiSiswa - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menyalahgunakan atau menjualnya.
Mahasiswa tidak perlu pulangkan PerantiSiswa - Ismail Sabri
Penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia kini tidak lagi perlu memulangkan peranti itu, seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.
Perdana Menteri lancar inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia esok
PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih esok.
Skop kelayakan PerantiSiswa diperluas, agihan fasa pertama bermula bulan ini - Annuar
Skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa diperluaskan kepada empat lagi kategori pelajar B40.
K-KOMM pertimbang perluas pemberian PerantiSiswa kepada pelajar institusi selain KPT
Berdasarkan permohonan yang dibuka sejak 15 April lepas, terdapat permohonan daripada pelajar institusi di bawah kementerian lain.
K-KOMM nafi pautan semak kelayakan dan permohonan PerantiSiswa
Ia adalah laman web tidak rasmi individu dan bukan daripada saluran rasmi kementerian.