awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terpaksa tanggung pembersihan Jonker Walk

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2013
06:30 MYT
Kerajaan terpaksa tanggung pembersihan Jonker Walk
Kerajaan telah membelanjakan RM1.1 juta sejak 13 tahun lalu bagi membersihkan sampah sarap di kawasan Jonker Walk, Banda Hilir selepas aktiviti perniagaan berlangsung.
Exco perumahan kerajaan tempatan dan alam sekitar, Datuk Ar Ismail Othman berkata, angka besar terpaksa ditanggung itu bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan Syarikat Konsesi SWM Environment Sdn Bhd.
Katanya, kira-kira 300 peniaga berlesen dan dikesan lebih 400 peniaga tanpa lesen tidak pernah membayar kos tapak sepanjang melakukan aktiviti perniagaan pada Jumaat hingga Ahad.
Ismail berkata, pihak penganjur perlu bertanggungjawab terhadap peniaga yang sengaja melepaskan tugas pembersihan secara percuma kepada kerajaan.
“Bagi saya sikap peniaga peniaga yang membuang sampah-sampah bertaburan walaupun ada tong sampah adalah tidak bertanggungjawab.
“Mereka sepatutnya tanggungjawab. Saya harap mereka lebih peka dan bertimbangrasa,” katanya.
Beliau turut berkata, peniaga lebih gemar membuat bantahan secara terbuka sebaliknya tidak berjumpa dengan kerajaan atau pihak berwajib bagi menyelesaikan permasalahan yang kononnya perniagaan terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada kenderaan.
Bagaimanapun, difahamkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan memanggil pihak penganjur bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Sisa Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri, Zainuddin Abdul Samad berkata, kerja-kerja pembersihan bermula pada jam 12 tengah malam sehingga pukul 3 pagi sebaik selesai aktiviti perniagaan.
Topic Berkaitan
#Datuk Ar Ismail Othman
#Jonker Walk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan