KUALA LUMPUR: Pemilikan rumah pertama menerusi Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-MILIKI) akan terus menikmati pengecualian duti setem 100 peratus bagi pembelian rumah berharga tidak melebihi RM500,000, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Menurut MoF, selain itu pengecualian duti setem 75 peratus turut diberikan bagi pembelian rumah pertama yang berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta di bawah inisiatif yang sama.
"Layanan duti setem ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Dis 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.
MoF berkata pengecualian duti setem ini diadakan di bawah Program Pemilikan Rumah (HOPE), di mana pemilikan rumah pertama menerusi i-MILIKI akan diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.
"Sepertimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023, kerajaan akan meneruskan pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat," katanya.
Selain itu, MoF berkata kerajaan juga telah bersetuju supaya duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu dikecualikan sepenuhnya, terhad kepada RM1 juta pertama nilai harta tanah.
"Baki selebihnya daripada nilai harta tanah tersebut tertakluk kepada kadar duti ad valorem dan diberi remisi sebanyak 50 peratus atas duti setem yang dikenakan.
"Layanan duti setem ini terpakai bagi surat cara pindah milik harta tanah yang disempurnakan mulai 1 April 2023," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023

Pengecualian duti setem 75 peratus turut diberikan bagi pembelian rumah pertama yang berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta. - Gambar hiasan
Ringkas 3 0310
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri mulai esok
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri hingga 4 petang ini.
Filipina, AS, UK, Jepun, Kanada mulakan latihan tentera laut di Laut China Selatan
Pasukan tentera laut dari Filipina, Britain, Kanada, Jepun dan Amerika Syarikat memulakan latihan tentera laut secara bersama di Laut China Selatan sebagai reaksi balas kepada tindakan China yang menghalang nelayan Filipina daripada menjalan aktiviti perikanan di kawasan pertikaian tersebut.
Indonesia nafi jerebu melintasi ke Malaysia
Indonesia menafikan dakwaan kebakaran yang berlaku di negara itu menyebabkan jerebu di Malaysia.
Penolong pengurus eksekutif hotel didakwa cabul bekas penyampai berita popular
Seorang penolong pengurus eksekutif sebuah hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang bekas penyampai berita wanita terkenal yang juga rakan sekerjanya, tiga bulan lalu.

Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah
Yasin Sulaiman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
PAS tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
PAS memutuskan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kemaman.

Kerajaan Persekutuan dicadang wujud semula Lembaga Padi dan Beras - Akmal
Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel beras.

Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal pada 4-5 peratus tahun ini - Ahmad Maslan
Kementerian Kewangan belum membuat perubahan dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.
Wujud semula Lembaga Padi dan Beras Negara, hapus
Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) mesti diwujudkan bagi mengekang kegiatan kartel beras yang didakwa menjadi pengkhianat sehingga berlaku kekurangan beras tempatan ketika ini.

i-MILIKI kecualikan duti setem bagi pembelian rumah pertama - PM
Kerajaan mengumumkan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi inisiatif i-MILIKI yang bermula berkuat kuasa 1 Jun 2022 hingga Disember 2023.