awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang
Parlimen Australia lulus undang-undang kawalan senjata, jenayah kebencian yang lebih ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara ATM mohon kebenaran merayu dalam kes tuntutan pelarasan pencen

Bernama
Bernama
03/07/2025
10:34 MYT
Pesara ATM mohon kebenaran merayu dalam kes tuntutan pelarasan pencen
Notis usul telah difailkan hari ini dan Mahkamah Persekutuan menetapkan 4 Ogos ini untuk pengurusan kes. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Sebanyak 50 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memohon kebenaran merayu daripada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung tuntutan pelarasan pencen mereka.
Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla, yang mewakili kumpulan pesara berkenaan, mengesahkan bahawa notis usul difailkan hari ini dan berkata Mahkamah Persekutuan menetapkan 4 Ogos ini untuk pengurusan kes.
Dalam permohonan itu, mereka memohon keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai dua persoalan undang-undang berhubung isu pelarasan pencen.
Pada 4 Jun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan awal Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013 berhak untuk menyelaraskan pencen mereka kepada kadar dan kaedah yang digunakan untuk pesara yang bersara selepas 1 Jan 2013.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pesara ATM gagal membuktikan bahawa kerajaan, Perdana Menteri, Menteri Kanan Pertahanan dan Majlis Angkatan Tentera Malaysia telah melanggar peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Sebanyak 50 pesara ATM pelbagai pangkat antaranya mejar, leftenan, staf sarjan dan prebet, telah memfailkan saman pemula pada 17 Nov 2022, bagi mendapatkan deklarasi bahawa kerajaan telah melanggar peruntukan di bawah Perkara 137 atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, yang dibaca bersama dengan Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972, kerana gagal melaksanakan pelarasan pencen baharu untuk pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Mereka mendakwa ketidakselarasan pencen itu menyebabkan jurang pencen yang ketara antara pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013 dan mereka yang bersara selepas tarikh tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Persekutuan
#pesara ATM
#pelarasan pencen
#Angkatan Tentera Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan