awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar diberi sambutan rasmi oleh Itali di Chigi Palace

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/07/2025
10:40 MYT
Anwar diberi sambutan rasmi oleh Itali di Chigi Palace
Anwar dibawa rakan sejawatnya, Giorgia Meloni untuk memeriksa kawalan kehormatan diikuti sesi memperkenalkan barisan delegasi dari kedua-dua buah negara. - Foto Astro AWANI
ROM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberi sambutan rasmi oleh Kerajaan Itali di Chigi Palace, Rom pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim disambut secara rasmi oleh Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, di Rom dengan kawalan kehormatan dan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
  • Delegasi kedua-dua negara mengadakan mesyuarat selama 40 minit membincangkan kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, pertahanan, tenaga dan isu serantau.
  • Anwar berlepas ke Perancis selepas lawatan tiga hari ke Itali, sebelum menghadiri Sidang Kemuncak BRICS di Brazil.

Ketibaan beliau sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan itu disambut oleh rakan sejawatnya, Giorgia Meloni, disusuli dengan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dimainkan.
Anwar kemudian dibawa untuk memeriksa kawalan kehormatan diikuti sesi memperkenalkan barisan delegasi dari kedua-dua buah negara.
Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Delegasi kedua-dua negara kemudian mengadakan mesyuarat dua hala yang dijadual sekitar 40 minit.
Anwar kemudian menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Fiumicino Leonardo da Vinci untuk meneruskan siri lawatan ke Paris, Perancis.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#lawatan rasmi
#Perdana Menteri Itali
#Giorgia Melon
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan