awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teruskan perbincangan had umur minimum perkahwinan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
10/12/2019
05:16 MYT
Kerajaan teruskan perbincangan had umur minimum perkahwinan
Setakat ini, lima negeri telah bersetuju meminda had usia perkahwinan kepada 18 tahun manakala tujuh negeri lain masih kekal dengan had usia asal. - Gambar hiasan
Kerajaan Persekutuan akan meneruskan perbincangan bersama Kerajaan Negeri berkaitan pindaan isu had umur perkahwinan melibatkan kanak-kanak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, Kerajaan Persekutuan akan terus mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Negeri bagi mencapai keputusan konsensus.
"Kita perlu lihat adat dan agama seseorang individu bagi memastikan ia dapat diselaraskan pada semua pihak dan kami akan terus berbincang," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2019 di sini hari ini.
Setakat ini, lima negeri bersetuju meminda had umur perkahwinan kepada 18 tahun manakala tujuh negeri lain masih kekal dengan had usia asal.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya had usia minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun, bagi melindungi kesihatan, keselamatan dan hak kanak-kanak di negara ini.
Topic Berkaitan
#had umur minimum
#Kanak-kanak
#kerajaan
#kerajaan negeri
#kerajaan Persekutuan
#keselamatan
#kesihatan
#konsensus
#perbincangan
#perkahwinan
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan