Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini berkata kerajaan tidak akan tandangan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) jika ia menjejaskan kepentingan negara.

Beliau ketika mengulas tentang isu tersebut memberitahu bahawa rundingan masih lagi berjalan tetapi keputusan masih belum ditetapkan.

“Belum ada apa-apa lagi… kita telah ambil pendirian. Pendirian kita ialah berdasarkan kepentingan negara,” kata Mustapa ketika ditemui wartawan.

Beliau juga telah beri jaminan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan perjanjian tersebut menjejaskan kepentingan negara kerana pendirian kerajaan adalah berdasarkan kepada kepentingan tersebut.

Sementara itu, Mustapa juga menafikan bahawa rundingan TPPA dilakukan secara sulit.

“Tak sulit… tak ada sulit..” katanya.

Mustapa juga telah menerima penyerahan memorandum bantahan TPPA daripada Gabungan Bantah FTA selepas kumpulan itu mengadakan himpunan di luar Parlimen pagi tadi.

Memorandum tersebut meminta kerajaan Malaysia menunda rundingan itu untuk membenarkan ia didebatkan di Dewan Rakyat.

Selain Mustapa, ia juga telah diserahkan kepada ahli parlimen Sunga Siput (PSM) Dr Michael Jeyakumar dan juga ahli parlimen Lembah Pantai (PKR) Nurul Izzah Anwar.