awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak anggap naikkan cukai untuk biayai IPTA cara munasabah - PM Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
11/04/2025
07:50 MYT
Kerajaan tidak anggap naikkan cukai untuk biayai IPTA cara munasabah - PM Anwar
Anwar berkata, pihak pentadbir universiti awam sepatutnya menjadi lebih kreatif dalam mencari sumber kewangan sendiri. -Astro AWANI/Shahir Omar
GOMBAK: Tidak mungkin kerajaan akan menaikkan cukai sebagai langkah menambah peruntukan bagi menampung kos pendidikan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ringkasan AI
  • Kerajaan tidak akan menaikkan cukai untuk menampung kos pendidikan IPTA.
  • Universiti awam perlu mencari sumber kewangan sendiri secara kreatif.
  • Universiti awam di Malaysia bergantung kepada dana kerajaan, yang berasal dari pembayar cukai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, pihak pentadbir universiti awam sepatutnya menjadi lebih kreatif dalam mencari sumber kewangan sendiri.
“Kerajaan itu bermaksud ibu bapa dan keluarga kamu yang perlu membayar lebih, saya tidak bersedia menaikkan cukai ke atas mereka kerana ia akan membebankan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Program Temu Anwar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, pada Jumaat.
Anwar memberi maklum balas itu kepada persoalan seorang pelajar yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan meningkatkan bantuan kepada sistem pendidikan tinggi awam.
“Di Malaysia, universiti awam hampir keseluruhannya bergantung kepada dana kerajaan.
“Apabila sebut kerajaan, perlu faham maksudnya itu merujuk kepada pembayar cukai. Itu jawapan saya jika tanya tentang reformasi pendidikan awam,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#naikkan cukai
#kos pendidikan IPTA
#sumber kewangan sendiri
#universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan