KUALA LUMPUR: Kerajaan melakukan pelbagai persediaan dan sentiasa berhati-hati dalam memberikan kelonggaran dengan mengambil kira perkembangan di seluruh dunia, sebelum membenarkan pembukaan sempadan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan membuka pintu sempadan negara sewenang-wenangnya.
Sebaliknya, katanya, kebenaran kemasukan pengembara bukan warganegara bergantung kepada maklumat situasi COVID-19 dari negara asal mereka.
"Kalau kita lihat dari segi sejarahnya walaupun kita buka pintu negara kita kepada warganegara asing untuk masuk tetapi perkembangan di negara asal pengembara itu juga diambil kira.
"Setiap tindakan kerajaan kita dapat pandangan dan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang buat penilaian risiko, kita tidak buka (sempadan) sewenang-wenangnya," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, kebenaran masuk adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan syarat-syarat yang ditetapkan, termasuk keperluan menjalani kuarantin di pusat-pusat yang disediakan.
"Di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), kerajaan sentiasa menambah baik SOP berkaitan perkara ini.
"Bermula 12 Ogos lalu, pengembara warganegara dan bukan warganegara yang telah menerima imunisasi lengkap boleh membuat permohonan menjalani kuarantin wajib di rumah atau di tempat kediaman.
"Namun, kebenaran ini hanya boleh diberikan tertakluk kepada penilaian risiko oleh pihak KKM dan pemohon masih perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diberi kebenaran," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris mengenai persediaan membuka sempadan negara sebaik kadar kes harian COVID-19 berkurangan.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, persediaan melalui garis panduan terperinci serta penilaian risiko oleh KKM akan dijalankan terhadap setiap pengembara berdasarkan kepada permohonan untuk kuarantin di rumah atau di tempat kediaman.
Jelas beliau, kerajaan sentiasa memberikan keutamaan terhadap pematuhan SOP, meningkatkan penerapan amalan kawalan kesihatan awam serta menekankan kepentingan suntikan imunisasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Hasimi Muhamad
Thu Oct 07 2021
Ismail Sabri berkata, persediaan melalui garis panduan terperinci serta penilaian risiko oleh KKM akan dijalankan terhadap setiap pengembara. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah PETRA hari ini
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Sejumlah 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' dilaksana sejak Januari - Teo
Sebanyak 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' (IOW) di 7,781 lokasi dilaksanakan Jabatan Penerangan (JaPen) dari awal Januari hingga 3 Mac.
Dewan Negara lulus pindaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Mangsa sindiket penipuan pekerjaan disoal siasat - Mohamad
Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan akan disoal siasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka benar-benar mangsa dan bukannya dalang.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023
Beliau berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.