awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak campur tangan penetapan harga tiket MAS - Loke

Bernama
Bernama
19/09/2023
11:38 MYT
Kerajaan tidak campur tangan penetapan harga tiket MAS - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak campur tangan dalam penetapan harga tiket perjalanan Malaysia Airlines Bhd (MAS) kerana perkara itu adalah keputusan syarikat penerbangan itu berdasarkan pelbagai pertimbangan untuk mengenakan harganya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata MAS, yang sedang memulihkan perkhidmatan hidangan makanan lengkap dalam penerbangan, tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana syarikat penerbangan kos rendah memandangkan imejnya sebagai syarikat penerbangan nasional.
"Saya ada memberi cadangan kepada MAS supaya penumpang terjejas perlulah diberikan sedikit layanan tambahan, dan contohnya ada point tambahan diberikan.
"Saya pasti servis dan makanan yang dibekalkan oleh pihak Malaysia Airlines mesti ditambah baik, ini bukan sesuatu yang kita nafi. Bagi harga, (perkara) itu pihak pengurusan Malaysia Airlines kena lihat," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang bangun mencelah meminta penjelasan mengenai cadangan untuk merendahkan tambang penerbangan MAS ketika syarikat tersebut menguruskan masalah katering dalam penerbangannya.
Loke berkata MAS akan memulihkan perkhidmatan hidangan makanan dalam penerbangannya secara beransur-ansur.
"Memang betul ada sektor yang diberikan pack food (makanan yang dipek) tetapi ada laluan yang pulih sepenuhnya. Umpamanya, minggu lepas saya menggunakan pesawat MAS bagi laluan ke Kuching yang perkhidmatan hidangan (makanan dalam penerbangan) telah dipulihkan.
"Kita tidak nafikan perlu ada penambahbaikan bagi harga. Itu pihak pengurusan MAS kena lihat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga tiket
#campur tangan
#Malaysia Airlines
#Kementerian Pengangkutan
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan