ALOR GAJAH: Kerajaan tidak mengeksport tenaga boleh baharu (TBB) yang dihasilkan sebaliknya digunakan untuk menarik kedatangan lebih ramai pelabur ke negara ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, TBB berkenaan menjadi rebutan kebanyakan pelabur luar negara, khususnya yang memilih untuk mengaplikasikan teknologi hijau dalam pengoperasian industri atau pelaburan yang dilakukan.
"Selain arang batu dan diesel, TBB yang terdapat di negara ini antaranya ialah hidrogen, solar dan gas. TBB berkenaan menjadi antara pilihan pelabur dan ia merupakan antara kelebihan yang terdapat di negara ini.
"Sehingga kini, penggunaan TBB telah mencapai 25 peratus berbanding sasaran kapasiti TBB yang telah ditetapkan sebanyak 31 peratus menjelang 2025," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Stesen Janakuasa Edra Melaka di sini hari ini.
Majlis tersebut dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan turut dihadiri Pengerusi Edra Power Holdings Sdn Bhd Dai Honggang.
Takiyuddin berkata, kerajaan juga menitikberatkan elemen keselamatan, mampu milik dan kelestarian yang menjadi tunggak dalam perancangan penjanaan elektrik yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia.
"Selain itu, kerajaan juga komited untuk mengurangkan 45 peratus intensiti pelepasan gas rumah kaca di bawah Perjanjian Paris menjelang 2030 dan aspirasi kerajaan adalah untuk mencapai pelepasan gas bersih sifar menjelang 2050," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata penjanaan elektrik daripada sumber penjanaan yang lebih bersih akan dilaksanakan melalui pengoperasian beberapa stesen jana kuasa turbin gas kitaran seperti Edra Melaka Power Plant (EMPP) serta beberapa projek tenaga boleh diperbaharui di seluruh Semenanjung yang akan dibangunkan secara berperingkat.
Katanya, kapasiti baharu yang akan ditawarkan secara bidaan kompetitif akan menghasilkan kos penjanaan yang optima dan akhirnya dapat menawarkan kadar tarif berpatutan kepada pengguna.
Terdahulu, beliau berkata EMPP merupakan antara projek utama yang tersenarai dalam Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi 2021 hingga 2039, bertujuan memenuhi keperluan tenaga negara yang selamat, bersih dan terjamin.
"Kejayaan EMPP mencapai tarikh operasi komersial ini adalah tepat pada masanya, lebih-lebih lagi ketika ini ekonomi Malaysia sedang dalam proses pemulihan berikutan pandemik COVID-19, sekali gus memperkukuh kestabilan bekalan elektrik di Semenanjung serta membantu merangsang pembangunan ekonomi negara.
"Ia turut menandakan kesediaan dan keyakinan para pelabur dari dalam dan luar negara terhadap kemudahan dan infrastruktur asas di Malaysia yang kukuh serta berdaya saing," katanya.
EMPP berupaya menyalurkan sebanyak 2,242 megawatt bekalan elektrik kepada sistem grid nasional justeru meletakkan Melaka khususnya dan Malaysia amnya, sebagai pangkalan stesen jana kuasa terbesar di Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Selain arang batu dan diesel, TBB yang terdapat di negara ini antaranya ialah hidrogen, solar dan gas. - Foto: UiTM Solar Park II
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki awal bulan ini.
Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan
Kerajaan Perpaduan dijangka mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu minggu depan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
AWANI Ringkas: Calon kerajaan diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
Kes Nik Elin: Enakmen jenayah syariah negeri lain masih lagi sah
Peruntukan-peruntukan dalam Enakman Ordinan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain masih lagi sah berperlembagaan.
Takiyuddin sahkan tiada perbalahan Pas-Bersatu
Takyuddin mengesahkan pertemuan Abdul Hadi dan Muhyiddin merupakan pertemuan biasa dan tiada sebarang masalah antara kedua-dua parti.
'Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam' - Takiyuddin
"Jumaat yang hitam kepada syariah dan undang-undang Islam," kata Takiyuddin mengenai keputusan mahkamah memutuskan 16 enakmen syariah Kelantan tidak sah.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Pas ucap Selamat Hari Krismas
Pas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada penganut agama Kristian di seluruh negara yang akan menyambutnya pada Isnin.
PRK Kemaman bukti rakyat terus berpihak kepada Pas-PN - Takiyuddin
Ia juga mengesahkan momentum sokongan menaik kepada PN dalam beberapa siri PRK pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PN tidak teruskan perbincangan peruntukan pembangkang - Takiyuddin
Perikatan Nasional (PN) menegaskan tidak akan meneruskan perundingan berkaitan peruntukan sama rata kepada pembangkang.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Panggil duta, wakil negara jika benar Malaysia terima ugutan isu Palestin - Pas
Katanya, tindakan itu wajar bagi menyampaikan bantahan Malaysia, berbanding membuat kenyataan terbuka tanpa penjelasan mengenainya.