awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor batal projek ternakan babi Bukit Tagar - MB
Perincian penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia di peringkat akhir
Kementerian Digital bangunkan MyIKD bagi perkukuh keterangkuman digital - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akan terlibat dalam semakan cadangan penggabungan Netflix-Warner Brothers

Agensi
Agensi
08/12/2025
00:50 MYT
Trump akan terlibat dalam semakan cadangan penggabungan Netflix-Warner Brothers
Peesiden Trump berkata, beliau akan memainkan peranan dalam menentukan sama ada cadangan penggabungan antara Netflix dan Warner Brothers wajar diteruskan. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Ahad berkata, beliau akan memainkan peranan dalam menentukan sama ada cadangan penggabungan antara Netflix dan Warner Brothers wajar diteruskan, sambil menyatakan kebimbangan terhadap penguasaan pasaran jika kedua-dua entiti digabungkan.
“Saya akan terlibat dalam keputusan itu,” kata Trump kepada pemberita ketika tiba di Kennedy Center untuk acara anugerah tahunan.
Netflix pada Jumaat bersetuju untuk membeli bahagian TV, studio filem dan perkhidmatan penstriman milik Warner Bros Discovery dengan nilai AS$72 bilion, sekali gus memberikan kawalan ke atas salah satu aset paling berharga di Hollywood kepada peneraju penstriman tersebut.
Trump tidak menyatakan sama ada beliau menyokong kelulusan penggabungan itu, namun menekankan kemungkinan wujudnya tumpuan kuasa pasaran dalam industri hiburan.
“Itu akan ditentukan oleh pakar ekonomi… tetapi ia melibatkan pegangan pasaran yang besar. Tidak dinafikan ia boleh menjadi masalah,” katanya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Netflix
#Warner Brothers
#penstriman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan