KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas yang diterajui oleh Kementerian Luar (KLN) bagi menyelesaikan isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan dengan melibatkan semua agensi yang berkaitan.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, kerajaan sedar bahawa isu penipuan tawaran pekerjaan yang bersifat “cross-cutting” dan memerlukan tindakan “whole of government” approach.
Selain itu, beliau berkata, KLN telah memanfaatkan pelbagai platform yang tersedia seperti media sosial, media massa dan hebahan secara fizikal bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia.
“Antara usaha yang dilakukan adalah hebahan kesedaran menggunakan infografik dan video serta dokumentari pengalaman sebenar mangsa “job scam” yang dimuat naik di laman rasmi media sosial seperti YouTube dan Facebook KLN serta PDRM.
“Selain itu, penyampaian taklimat kesedaran kepada pelajar-pelajar universiti serta pembukaan ruang reruai seperti semasa Hari Wisma Putra pada 4 November lalu.
"Kerajaan juga akan meningkatkan lagi hebahan kesedaran ini kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia melalui pelbagai program seranta yang telah dirancang,” kata Ahli Parlimen Kimanis itu lagi.
Mohamad berkata demikian sewaktu menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH–Sibu), yang mahu tahu kaedah terbaik untuk meningkatkan kesedaran masyarakat bagi mengelak penipuan pekerjaan di Kemboja dan Myanmar, yang masih berlaku, selain apakah tindakan kerajaan untuk menyelamatkan mereka.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga November tahun ini, KLN berjaya membawa pulang 518 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan, manakala 26 lagi sedang dikesan melalui Kedutaan Malaysia di Yangon dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
“KLN melalui Kedutaan Malaysia di Yangon, Myanmar, dengan kerjasama Kerajaan Thailand, Vietnam dan China, sedang menyelaras langkah bagi membawa balik mangsa seramai 26 orang ini dengan selamat
“KLN ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua warga negara, supaya sentiasa peka dan berwaspada bila terima sebarang tawaran pekerjaan, platform yang meragukan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Nov 08 2023
Mohamad Alamin (dua, kiri) menyambut kepulangan rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket sindiket penipuan di luar negara. - Gambar fail/ Bernama
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.