KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2023 bagi memastikan setiap cadangan pembangunan melalui peruntukan yang telah diumum menerusi Belanjawan 2023 hari ini dapat dicapai.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jawatankuasa itu akan memantau setiap kementerian berikutan peruntukan sebanyak RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan pada tahun ini adalah yang terbesar dalam sejarah negara.
"Saya kira Jawatankuasa Pemantauan Bajet tentu sekali perlu ada dan jawatankuasa itu akan sentiasa menilai setakat mana perbelanjaan telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan.
"Kita juga berharap agar pencapaian kementerian-kementerian 100 peratus. Misalnya jika kementerian itu diperuntuk RM10 bilion maka RM10 bilion termasuk perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan itu perlu dihabiskan (bagi tujuan pembangunan)," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika mengulas komitmen kerajaan yang menyasarkan untuk menoktah kemiskinan tegar serta pembaikan sebanyak 400 klinik dan 380 sekolah daif secepat mungkin.
Sebelum ini, Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2022 pernah ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu bagi memantau pelaksanaan dan prestasi pelbagai inisiatif di bawah Bajet 2022 untuk kesejahteraan rakyat.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Pontian itu berkata cadangan kerajaan untuk mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape akan memberi punca pendapatan baharu kepada kerajaan.
"Kita menjangka akan dapat meraih sebanyak RM900 juta hingga RM1 bilion jika perkara ini dapat dilaksanakan. Kita juga ingin mengetatkan segala kebolosan hasil cukai ini terutama rokok yang tidak bercukai yang menyebabkan kebolosan kira-kira RM5 bilion," katanya.
Belanjawan 2023 bertema 'Membangun Malaysia MADANI' yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan di Parlimen hari ini membabitkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.
Ia menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan serta keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jawatankuasa itu akan memantau setiap kementerian berikutan peruntukan sebanyak RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan pada tahun ini adalah yang terbesar dalam sejarah negara. - BERNAMA

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

UN-Habitat: Puteri Arab Saudi sangkal dakwaan dana punca krisis dunia tidak dapat diselesaikan
Setiausaha Agung di Alwaleed Philanthropies ini turut mengingatkan bahawa krisis-krisis yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini bukanlah perkara yang baharu.

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2023 - Ahmad Maslan
Kerajaan bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2023 bagi memastikan setiap cadangan pembangunan melalui peruntukan yang telah diumum menerusi Belanjawan 2023 hari ini dapat dicapai.